Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
05/05/2013, RAYA lagi kat kalender MALAYSIA.. Kali ni PILIHAN RAYA UMUM -13, lebih kepada Peperangan AKu tengok sebenarnya.. Untuk Aku, ni kali pertama aku mengundi, memang terasa macam pagi raya, bangun pagi, sarapan, semua bangun awal dan buat ramai kat dapur dok sembang pasai politik MAlaysia, nak sokong sapa, nak pangkah sapa, memang best.
Malam sebelum PRU, aku dok lepak kat Wang Tepus lagi, Kg. Bini ler.. Saja nak tengok kawasan, biasala la orang kg. Kat kg. baru bleh tgk corak politik sini, sapa yg buat keja, sapa yg makan gaji buta. Persoalan, mengapa kebanyakkan masyarakat kg. tak sokong kerajaan? ini terjawab apabila kita lihat sistem politik di kampung, bila mesyuarat, semua jawatan tertinggi depa nak, sebabnya dapat elaun itu ini, TAPI bila waktu nak buat keja, HILANG. So, macam mana orang nak sokong kerajaan? itulah punca kekalahan BN di sesetangah tempat. Kadang-kadang kita tengok, depa2 yang tak undi kerajaan ni bukanlah sebab depa suka sangat kat kepala-kepala pembangkang ni, tapi PRotes terhadap tindak tanduk perwakilan di kawasan masing2,alih2 kita semua yang rugi.
06/05/2013,1230am. Segalanya mula terjawab,BN dibawah pemerintan Najib Tun RAzak MENANG,tapi majoriti menurun daripada PRU 12. Sedar tak sedar, DAP mula BANGUN,BERSATU dan MULA
KAMI SUKA MALAYSIA |
KAMI SEPAKAT |
" KUALA LUMPUR - DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13, apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi, dengan penasihat parti Lim Kit Siang menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.
Di kerusi Gelang Patah, Johor, Lim mengalahkan bekas menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman apabila memperoleh majoriti 14,762 undi.
Anggota parti berkata bilangan yang lebih ramai keluar mengundi iaitu sebanyak 89.1 peratus di kawasan itu berbanding anggaran seluruh negara antara 70 dan 80 peratus yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, menyumbang kepada kemenangan Lim.
Sokongan pengundi Cina di kawasan parlimen itu juga menyumbang kepada kejayaan Lim.
Selain Gelang Patah, calon DAP juga menang di Kluang, Bakri dan Kulai, namun kalah di Labis dan Tanjong Piai.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, DAP menang 28 kerusi parlimen.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengekalkan kerusi Parlimen Bagan dengan 34,159 majoriti undi serta kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Puteh dengan lebih 7,700 undi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengumumkan peletakan jawatan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan kerana bertanggungjawab atas kegagalan merampas semula kerusi negeri itu daripada Pakatan.
Di Kuala Lumpur, DAP menang semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.
Di Perak, semua tujuh calonnya menang dengan margin selesa di kebanyakan kerusi parlimen majoriti Cina iaitu di Taiping, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Beruas, Kampar dan Telok Intan.
Selangor juga menyaksikan DAP mengekalkan penguasaannya di Puchong (Gobind Singh Deo), PJ Utara (Tony Pua) dan Klang (Charles Santiago). Pendatang baharu Ong Kian Ming juga berjaya menewaskan Datuk Yap Pian Hon daripada BN di Serdang.
Di Melaka, calon DAP Sim Tong Him mengekalkan kerusi parlimen Kota Melaka, namun kalah di Alor Gajah menerusi Damian Yeo Shen Li, namun kekal di Seremban dan Rasah.
Di Sabah, DAP memnangi kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan, namun kalah di Sepanggar dan Putatan.
Di Sarawak, pengundi terutama di Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sarikei dan Sibu, memilih calon DAP sebagai wakil rakyat mereka di Parlimen, manakala BN menguasai Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas. - Bernama"
BARISAN NASIONAL VS |
PAS |
KEADILAN |
KITA MELAYU,kau kata aku, aku kata kau, kau maki aku, aku maki kau.. KITA LUPA, ada orang senyum dan gembira..
LIM KIT SIANG |
NYATA |
SAMPAI BILA BERFIKIR? BILA HENDAK BERTINDAK? |