Monday, June 24, 2013

Wonders of Mother Nature Part 1- Salak Denai

SALAK DENAI
JALAN BATU HAMPAR,06900 YAN KEDAH.

SALAK DENAI CHALET terletak di kaki Gunung Jerai berhampiran PUSAT PERANGINAN TITI HAYUN DAN BATU HAMPAR. Setiap chalet mempunyai satu kolam. Kolam-kolam ini hanya boleh digunakan oleh penyewa chalet berkenaan sahajahttp://salakdenai.blogspot.com/

Assalamualaikum
 21 Jun 2013, Sekumpulan penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (AKU le, hehe) telah menemui satu penemuan baru di Yan Kedah,iaitu SALAK DENAI. Berita mengenai Salak Denai telah tersebar luas di seluruh negara mengakibatkan ramai pengunjung ingin datang kesini. Terletak di kawasan kaki Gunung Jerai dan di kelilingi dusun buah-buahan, Salak Denai merupakan satu fenomena baru bagi AKU untuk merehatkan diri.
Bercirikan LOW Profil chalet, Salak Denai menawarkan pakej2 yang berpatutan. Serendah RM 60 untuk separuh hari, dari pukul 11pagi hingga 6 petang cukup membuatkan pengunjung ingin datang lagi. Konsep 1 chalet 1 kolamnya sangat menarik perhatian Aku, boleh berendam sepuas-puasnya. Kalau sapa2 yang rajin masak, kat situ ada di sediakan tempat masa, tapi peralatan masak sila bawa sendiri la, tempat nak BBQ pon ada, arang bawak sendiri. Kalau ada anak2 kecik, lagi best. boleh lepas ja dalam kolam tu. dengan kedalaman kolam yang amat sesuai dengan ketinggian aku, so mmg agak best la, budak2 sila bawak pelampung or sewa ja kat sini. Sumber air terjun digunakan untuk kolam tu, airnya sangat jernih dan SEjuk..

Chalet Siti Fatimah (B)

1) CHALET SITI FATIMAH (B)
1/2 HARI = RM 60.00
1 HARI 1 MALAM = RM 80.00
Murahkan..

Sumber: Internet



Viva aku ke tu? hehe