Monday, August 19, 2013

My 1st Tamiya Mechine-Shooting Star



Assalamualaikum..

Helooosss.. tanggal 18 Ogos 2013, kegilaan Aku sudah tidak dapat dibendung lagi. Pas balik check-up baby, balik rehat2 sat, pastu trus pi Alor Star. Apa jadi pon arini mesti dapatkan 1 model Tamiya Dash.
Beralamat di, No. 127B, Kawasan Perusahaan Tandop Baru, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05400 Alor Setar, Kedah.. kedai kat aras 2.. puas cari..

Kepuasan jelas dirasa bila masuk ja kedai tu. syurga mainan ku.. haha. 
So ini dulu untuk bulan ni.. hehe sebenarnya aku dah beli 5 set benda alah ni, tapi Jenama Gokey dengan Auldey. Tapi rasa x puas kalau xdak Jenama Tamiya dalam koleksi Aku..

Mini 4WD is a series of racing machines that move powerfully forward with the help of 2 AA cell batteries. 
It is not to be controlled with a radio control system.

-Shinkuro's Flying Machine.This assembly kit will give you lots of fun racing this high performance Mini 4WD PRO machine. The centrally located double shaft motor effectively transmits power to all four wheels for optimum performance. The "One-Touch" three piece chassis requires no glue and is a breeze to assemble. You will enjoy the fast speed of this machine and its wide choice of settings. Minami Shinkuro's Dash-3 Shooting Star machine was one of the main rivals to the Dash corps. The original form of this dynamic machine as seen in the comic magazine, including the forward positioned canopy, the extended side pontoons, large diameter air-intake etc. have been realistically reproduced on the excellent MS chassis. An N-02 nose unit and four spoke wheels with large diameter slick tires are also included in the kit. 

- Length: 152mm 
- Width: 92mm 

Please note that this item requires assembly.
2 AA cell batteries are not included in this item.
Item Size/Weight : 23 x 14 x 5.5 cm / 204g


Punggah dari kotak



Sticker

Tayar pon cop TAmiya



User manual

Get Started




Chasis



Siapppppp

Monday, August 12, 2013

Tiba-tiba Aku TERLALU RINDU

ASSALAMUALAIKUM..

TERMENUNG AKU..
MENGELAMUN AKU..
TERPINGA-PINGA AKU..

HATI AKU RESAH..
HATI AKU GELISAH..
JANTUNG AKU BERDEGUP KENCANG..

AKU MIMPIKAN KAMU..

SESUNGGUHNYA AKU RINDUKAN KAMU..

mini 4wd

Famaous brand

chasis

Primier

Dash

Branded Item

* SEMANGAT LAMA AKAN KEMBALI. HAHAHAHAHA..

Saturday, July 6, 2013

Majlis Berkhatan: VIVA 850 MUFLER CHANGE & 3M Cabon sticker

Assalamualaikum..

Wow.. mcm pelik ja tiba-tiba ada majlis berkhatan kan.. tapi sah2 la bukan Aku.. hurmm.. hehe saja la nk post pasal aktiviti AKu wiken yang lepas. Dok sembang-sembang dengan wife, pastu dah boring, ajak la dia kuar jalan-jalan, tapi tak tau nak pi mana. JOM PI MODIFIED KERETA.. hehe JOMMMM katanya.. Maka kami pon keluar ke kedai aksesori.. MAka inilah hasilnya:

1.) Mengkhatankan Ekzos Viva Aku

Jack keta bagi tinggi untuk cek kebocoran 




Kasi potong dia punya silencer
Original ekzos Viva 850
Masukkan Mufler Baru: RM 190

Welding paip baru: RM 80
Test

Ready for ACTION!!!
COSTING
MUFLER + PAIP=
RM 190.00+RM 80.00= RM 270.00

2.) 3D Carbon Sticker [Bonet]


Sticker carbon 3M. Balut je, sebab calar. RM 70

Pembedahan Plastik bini aku kata.

3.) Karpet Dalam

Ganti Baru karpet lama: RM 42.00(SAVECOST TANAH MERAH)

4. ) Speaker 6x9 2 way


2 way ja sebenarnya ni.
TOTAL

 EKZOS                          : RM 270
CARBON STICKER    : RM 70
CARPET                        : RM 42
SPEAKER                     : RM 55
ALL SUM= RM 437.00

Monday, June 24, 2013

Wonders of Mother Nature Part 1- Salak Denai

SALAK DENAI
JALAN BATU HAMPAR,06900 YAN KEDAH.

SALAK DENAI CHALET terletak di kaki Gunung Jerai berhampiran PUSAT PERANGINAN TITI HAYUN DAN BATU HAMPAR. Setiap chalet mempunyai satu kolam. Kolam-kolam ini hanya boleh digunakan oleh penyewa chalet berkenaan sahaja. http://salakdenai.blogspot.com/

Assalamualaikum
 21 Jun 2013, Sekumpulan penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (AKU le, hehe) telah menemui satu penemuan baru di Yan Kedah,iaitu SALAK DENAI. Berita mengenai Salak Denai telah tersebar luas di seluruh negara mengakibatkan ramai pengunjung ingin datang kesini. Terletak di kawasan kaki Gunung Jerai dan di kelilingi dusun buah-buahan, Salak Denai merupakan satu fenomena baru bagi AKU untuk merehatkan diri.
Bercirikan LOW Profil chalet, Salak Denai menawarkan pakej2 yang berpatutan. Serendah RM 60 untuk separuh hari, dari pukul 11pagi hingga 6 petang cukup membuatkan pengunjung ingin datang lagi. Konsep 1 chalet 1 kolamnya sangat menarik perhatian Aku, boleh berendam sepuas-puasnya. Kalau sapa2 yang rajin masak, kat situ ada di sediakan tempat masa, tapi peralatan masak sila bawa sendiri la, tempat nak BBQ pon ada, arang bawak sendiri. Kalau ada anak2 kecik, lagi best. boleh lepas ja dalam kolam tu. dengan kedalaman kolam yang amat sesuai dengan ketinggian aku, so mmg agak best la, budak2 sila bawak pelampung or sewa ja kat sini. Sumber air terjun digunakan untuk kolam tu, airnya sangat jernih dan SEjuk..

Chalet Siti Fatimah (B)

1) CHALET SITI FATIMAH (B)
1/2 HARI = RM 60.00
1 HARI 1 MALAM = RM 80.00
Murahkan..

Sumber: Internet



Viva aku ke tu? hehe




Sunday, May 5, 2013

SEMBANG-SEMBANG PRU 13



 Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
05/05/2013, RAYA lagi kat kalender MALAYSIA.. Kali ni PILIHAN RAYA UMUM -13, lebih kepada Peperangan AKu tengok sebenarnya.. Untuk Aku, ni kali pertama aku mengundi, memang terasa macam pagi raya, bangun pagi, sarapan, semua bangun awal dan buat ramai kat dapur dok sembang pasai politik MAlaysia, nak sokong sapa, nak pangkah sapa, memang best.

Malam sebelum PRU, aku dok lepak kat Wang Tepus lagi, Kg. Bini ler.. Saja nak tengok kawasan, biasala la orang kg. Kat kg. baru bleh tgk corak politik sini, sapa yg buat keja, sapa yg makan gaji buta. Persoalan, mengapa kebanyakkan masyarakat kg. tak sokong kerajaan? ini terjawab apabila kita lihat sistem politik di kampung, bila mesyuarat, semua jawatan tertinggi depa nak, sebabnya dapat elaun itu ini, TAPI bila waktu nak buat keja, HILANG. So, macam mana orang nak sokong kerajaan? itulah punca kekalahan BN di sesetangah tempat. Kadang-kadang kita tengok, depa2 yang tak undi kerajaan ni bukanlah sebab depa suka sangat kat kepala-kepala pembangkang ni, tapi PRotes terhadap tindak tanduk perwakilan di kawasan masing2,alih2 kita semua yang rugi.

06/05/2013,1230am. Segalanya mula terjawab,BN dibawah pemerintan Najib Tun RAzak MENANG,tapi majoriti menurun daripada PRU 12. Sedar tak sedar, DAP mula BANGUN,BERSATU dan MULA
KAMI SUKA MALAYSIA
MENUNJUKKAN TARINGNYA. HAMPA SEMUA DOK LENA LAGI KA??? JANGAN SERONOK SANGAT MENANG.. kita semua ni tak lain macam hidup diatas pokok tualang yang besar dan gagah, hidup senang dan mewah dengan segala kesenangan tapi LUPA, ANAI-ANAI yang kecik tu mula makan sikit demi sikit akar tunjang kita.

KAMI SEPAKAT
JOM BACA NI
" KUALA LUMPUR - DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13, apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi, dengan penasihat parti Lim Kit Siang menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Di kerusi Gelang Patah, Johor, Lim mengalahkan bekas menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman apabila memperoleh majoriti 14,762 undi.

Anggota parti berkata bilangan yang lebih ramai keluar mengundi iaitu sebanyak 89.1 peratus di kawasan itu berbanding anggaran seluruh negara antara 70 dan 80 peratus yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, menyumbang kepada kemenangan Lim.

Sokongan pengundi Cina di kawasan parlimen itu juga menyumbang kepada kejayaan Lim.

Selain Gelang Patah, calon DAP juga menang di Kluang, Bakri dan Kulai, namun kalah di Labis dan Tanjong Piai.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, DAP menang 28 kerusi parlimen.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengekalkan kerusi Parlimen Bagan dengan 34,159 majoriti undi serta kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Puteh dengan lebih 7,700 undi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengumumkan peletakan jawatan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan kerana bertanggungjawab atas kegagalan merampas semula kerusi negeri itu daripada Pakatan.

Di Kuala Lumpur, DAP menang semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.

Di Perak, semua tujuh calonnya menang dengan margin selesa di kebanyakan kerusi parlimen majoriti Cina iaitu di Taiping, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Beruas, Kampar dan Telok Intan.

Selangor juga menyaksikan DAP mengekalkan penguasaannya di Puchong (Gobind Singh Deo), PJ Utara (Tony Pua) dan Klang (Charles Santiago). Pendatang baharu Ong Kian Ming juga berjaya menewaskan Datuk Yap Pian Hon daripada BN di Serdang.

Di Melaka, calon DAP Sim Tong Him mengekalkan kerusi parlimen Kota Melaka, namun kalah di Alor Gajah menerusi Damian Yeo Shen Li, namun kekal di Seremban dan Rasah.

Di Sabah, DAP memnangi kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan, namun kalah di Sepanggar dan Putatan.
Di Sarawak, pengundi terutama di Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sarikei dan Sibu, memilih calon DAP sebagai wakil rakyat mereka di Parlimen, manakala BN menguasai Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas. - Bernama"        

                
BARISAN NASIONAL
VS

PAS

KEADILAN

KITA MELAYU,kau kata aku, aku kata kau, kau maki aku, aku maki kau.. KITA LUPA, ada orang senyum dan gembira..
LIM KIT SIANG
NYATA


SAMPAI BILA BERFIKIR? BILA HENDAK BERTINDAK?