Tuesday, September 25, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU

15 SEPTEMBER 2012..Maka dengan ini, maka berakhirlah zaman bujang AKU. Pada usia 24 tahun Aku telah putuskan untuk menamatkan zaman bujang AKu. Bertempat di Masjid Wang Tepus, diwakilkan Wali Bakal Isteri Aku, Abdul Jabar bin Ahmad kepada imam kariah Masjid Wang Tepus, Utz. Halim dengan bersaksikan En. Affendi Ishak dan Samsuddin Darus, maka sejarah terbesar hidup Aku pon bermula. Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah, Aku bergelar Suami kepada Nor Shahira Binti Abdul Jabar.
So jom layan gambar skit..
Aku



My Wife

Akad

Aku Terima
Sain

Sah
Masjid Zahir

Add caption


Geng Ofis

Geng Jahat


Wednesday, September 5, 2012

Merdeka

MERDEKA!!! MERDEKA!!!MERDEKA!!!

30 Ogos 2012. Merdeka datang lagi..Buat kali pertamanya aku terlibat dengan program merdeka anjuran universiti. Geng2 library telah diamanahkan untuk menjayakan program merkeda peringkat universiti. geng library dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan kumpulan koir universiti. Pada majlis tersebut aku nad the gang akan menyanyikan 3 buah lagu iaitu: 1) Biru Warna 2) Negaraku & 3) Bahtera Merdeka..
Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu bertempat di Padang Kawad Sintok. Semua staf diwajibkan hadir pada hari tersebut. Waktu pejabat pada hari itu bermula jam 11.00 pagi.
Jom layan gambar....
Amerul & Shahira

Team Koir

Geng Library

VvIP

VC

Pelancaran



Me & Shidi

Bzzzzz

HUHU

VIP



Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..
  Di kesempatan ini. aku ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin buat semua.. Sedar x sedar sebulan puasa da abih.. Time posa dlu rasa lama ja nak abih masa nak tunggu berbuka, tapi bila dah raya, sedar2 dah raya ke-9. cepat tol masa berlalu.. so belajar la hargai masa..
Akad Nikah
 So mcm biasa, setiap kali raya mesti ada kelainannya.. tahun lepas raya sekali dengan merdeka, but tahun ni lagi ISTIMEWA bagi aku sebab aku dapat beraya bersama Tunang tersayang.. Aku dah bertunang @ dah jadi tunang orang @ dah berusia... hahaha.. terasa mcm baru smalam aku amek SPM.. masa pantas berlalu, so kena pandai2 la bahagi masa.. usia da meningkat, tak kan diri nak kekal mcm dulu2 lagi kan.. Aku pon skrg ni dah tak byk lepak2 kosong, kuar merayau., skrg masa aku byk kat kampung.. dok blajar2 buat keja umah, pegi pasar, beli barang2 dapur buat stok, bergaul dengan makcik2.. almaklum la dah nak berumah tangga, so kena la blajar semua2 ni.. x nak la culture shox sgt nnt..
Raya kedua lepas family aku pegi makan tengah hari kat umah tunang..biasa la, dah tunang, so kena la tetap tarikh akad nikah dengan kenduri plak. sembang p sembang mai, so tetap la tarikh 15 September 2012 ni akad nikah, kenduri umah pompuan 22 Disember 2012 & kenduri umah laki 6 Januari 2013.. kenapa kenduri lambat? haha bkn la, bak kata org tua2, kita buat yang wajib dulu katanya.. betul sgt la tu.. aku setuju aje.. hehe
 kalau ikutkan tu, nak kenduri tu byk nak kena prepare.. sO aku bajet sempat buat ujung thn ni. Apa pon doa+usaha+tawakal=redha..
So that all for today, don forgot to do ur assignment, see u next class.. hehe mcm g kelas plak.. jumpa lagi nnt yer.. muahhhhhhh

Sunday, July 8, 2012

My Day

Assalamualaikum..
 ......Syukur ke Hadrat Ilahi, dengan limpah dan KurniaNYA, Akhirnya, setelah pelbagai ujian yang mendatang, tanggal 07.07.2012, AKU akhirnya bertunang.. Diiringi Ustaz Nizho, Ustaz Ghadafi, En. Shahrin, En. Nan, Pak CIk Zon bersama isteri dan anak perempuannya, Mak JAng, Mak Cik Fiza & My Beloved Abah & Mama, kami berangkatlah ke Wang Tepus Jitra. Seperti biasa, Hero p dulu la, riki jalan & pegi ambik kek tunang kat Secret Recipe. PAstu Aku tggu robongan Abah kat MAsjid Wang Tepus. Sampai ja Solat Tahiyatul Masjid dengan Hajat dulu la, mohon keberkatan,. Jahat mcm mana pon, susah senang kena ingat gak pada yang SATU..
 Kul 3.33 diorang pon sampai kat masjid. PAs semua dah kumpul, kami pon gerak la ke umah BAKAL Tunangan Aku..AGAIN.. Hero kena pi dulu, tunjuk jalan.. dah sampai diorg pon masuk la dalam. Hantaran tunang se simle mungkin la. 3 hantaran dari pihak lelaki dan dibalas 5 dari pihak perempuan. Kami kongsi beli barang hantaran ni. Ada Kek Secret Recipe, biskut Femes Ames, Coklat Nougat,coklat Ferrorororor Rosher, Chese Tat, Cup Cake, Toblarone & Buah-buahan.. Thanks to Noor Khairul Izani & Azamimah sebab sponser barang2 hantaran kami..
  ...Macam biasa la, Aku ni kena la tggu kat keta, ketaq punya pasai, Baca Yassin dulu dalam keta.. Rasanya x lama mana pon, ngam2 aku abih Yassin, Anak sedara tunang aku pon mai panggil AKu.. Pehhhh lagi berdebar jantung ni.. MAsuk2 umah ja semua gelak ja, kira dah OK la tu.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. So dah tetap semua belanja, Mas kawin, maka berakhirlah proses bertunang..

JOM LAYAN GAMBAR...

Cup Cake Cinta

Buah-Buahan

Famous Amos

Ferroro Rosher & Toblarone

Chese Tat

Mama & Baby

Selesai Sudah

07/07/2012

Me & Her

Manis tak? hehe


Anak menakan yang Gila-gila

Bakal Ibu Mertua
Pihak Perempuan

Rombongan lelaki. Dari kiri AKu, Abg Nan, Ustaz Nizho, Ustaz Ghadafi, Abg Shahrin & Abahku

Sebelah Shahira tu, My MAma

Pihak Lelaki

Tuesday, June 26, 2012

Khas BuatMu..

Sudah lama langsatnya condong ,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah

Wednesday, June 20, 2012

Aku Cinta Kamu

CUKUPLAH ENGKAU DIHATIKU..
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Kau Selalu dihatiku..