Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.. Yahooo.. tahun baru datang lagi, dapatkan barang-barang terbaik di kedai kami. Kami membekalkan pelbagai jenis febrik dan kain pasang.. Hahahaha.. dah mcm kedai kain plak. Gurau2 je lahh.. huhu. saja la nak ambik mood nak menulis skit. hari berganti hari, bulan berganti bulan, akhirnya tahun pon sudah berganti.. So apa cita? kita masih macam dulu lagi ka? Malas macam dlu? pemikiran pon mcm dlu? azam tahun lepas kata nak menabung, so dah berapa juta leh simpan.. haha,pikir2 la yer. Xdak apa nak tulis sangat, just nak bgtau mlm last 2012 semalam aku kuar g makan KFC dengan isteri tercinta,biasa la, nak pegi jauh2, sah2 la jem malam tahun baru, plus dengan rodblock JPJ lagi.. So lepak kat KFC ja mkn udang.. hehe jgn pelik, Promo Hot & Spicy shrimp la.. saja teringin, hujan plak time tu.. fuhhh mmg menarik la. Pas makan trus balik umah,malas nak g melepak rata2, xelok balik lewat2 malam. hehe, dah ada bini kan.. Sampai umah ja tgk Musang berjanggut, layan2 pya layan, jam pon kul 12, Selamat TAhum BAru 2013.. then AKU pon apa lagi, TIDO la, dah esok keja, Xdak masa nak cucuh meriam ka mercun ka. buang masa.. hujan lebat plak, mmg asyik sangat kalau tido.. Keesokkkkkkan harinya, selepas azan subuh, Aku terasa ada air panas meleleh diatas kaki ku, terkejut plus melompat AKU.. AGGGGGGhhh PENDEKKKKKKKKKKK (PENDEK @ nAMA samaran untuk Kucing Aku)telah melabuhkan air kencingnya keatasku.. Durhaka punya anak.. dah la aku bagi hang tido dalam umah smalam, punya la baik hati aku ni, mcm ni hang balas.. Gedebushhhh ambik ko pendek.. tanpa rasa simpati dan belas kasihan, aku telah menampar bontot pendek.. WiaaaaawWWWW.. menjerit pendek ( sambil tersenyum) puas dia mentertawakan aku.. "dah Subuh kan, bangun la WOiiii", kata pendek kepadaku.. Siap hg pendek, mlm ni hg tidoq luaqqqqq... Hahhaahha.. So kiranya sambutan tahun baru aku tak dak la bosan sangat dengan beberapa adegan2 menarik, kira bleh INGAT gak la buat cerita kat Anak2.. Cukup la sampai disini dlu, next post aku nak priview gambaq kawin aku, sapa nak tgk bleh la yer.. Adiossss... bubye..

Wednesday, November 28, 2012

Bangun KucingKu Bangun.. Jadilah Harimau semula..





KUALA LUMPUR - Harimau Malaya akhirnya mempamerkan watak juara bertahan apabila membaham Laos dengan penuh bernafsu dengan kemenangan bergaya 4-1 di hadapan 15,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Pungutan tiga mata berharga itu sekali gus membuka peluang Malaysia ke peringkat separuh akhir menjelang pertemuan getir berdepan seteru utama, Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Sabtu ini.
Selepas dikritik hebat apabila kalah 0-3 kepada Singapura, Ahad lalu, ketua pasukan, Safiq Rahim ternyata menunaikan janjinya kepada peminat apabila membuka tirai jaringan skuad negara pada minit ke-15 tetapi dapat disamakan oleh Laos menerusi Khonesavanh Sihavong pada minit ke-38 sebelum menutup tirai separuh masa kedua.
Bagaimanapun, semangat Harimau Malaya ternyata seolah-olah berbeza pada separuh masa kedua dengan rakus melakukan kebangkitan apabila berjaya mendapat tiga gol melalui Safee Sali pada minit ke-67, Wan Zack Haikal Wan Nor minit ke-75 sebelum empat minit kemudian, Khyril Muhymeen Zambri memastikan kemenangan besar skuad negara dengan gol keempat Malaysia.
Rajagobal menepati janjinya membuat rombakan dalam kesebelasan utama apabila menurunkan empat muka berbeza daripada perlawanan menentang Singapura tempoh hari dengan memberi peluang kepada Mohd. Farizal Marlias sebagai penjaga gol utama selain Mahalli Jasuli, Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal Wan Nor.
Paling mengejutkan, Norshahrul Idlan Talaha yang dikhabarkan mungkin direhatkan kerana mendapat rawatan di hospital kerana mendapat jangkitan di telinga diturunkan oleh Rajagobal, malahan menampilkan aksi penuh bertenaga di bahagian serangan dengan banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Laos.
Corak permainan yang disajikan oleh Harimau Malaya cukup mengagumkan dengan banyak larian-larian pantas di bahagian sayap daripada S. Kunanlan dan Wan Zack berjaya merobohkan kekentalan kubu pertahanan Laos yang bagaikan terpukau melihat kehebatan Harimau Malaya.
Ternyata percaturan baharu pengendali berusia 56 tahun itu cukup menjadi dengan perubahan ketara boleh diperhatikan di bahagian tengah melalui gandingan Safiq Rahim dan Shakir yang menggantikan tempat Amar Rohidan berjaya mengawal tempo permainan di samping sering bertindak pantas membendung sebarang gerakan berbahaya lawan.
Tidak menghampakan, Mahalli Jasuli yang beraksi di bek kanan sering kali membantu melakukan gerakan pantas dan hantaran-hantaran berkualiti ke dalam kotak penalti lawan di samping turut dibantu Wan Zack Haikal.
Namun, persembahan Safee mendapat sedikit kritikan kerana banyak melepaskan peluang mendapatkan jaringan apabila mensia-siakan sekurang-kurangnya enam percubaan di hadapan pintu gol sebelum terpaksa dibawa keluar dan digantikan dengan Khyril pada minit ke-77.
Gol pembukaan Malaysia diperolehi melalui jaringan menarik pakar sepakan percuma negara, Safiq selepas 15 minit permainan bermula yang melencong ke arah kiri pintu gol lawan.
Namun, ketua pasukan negara itu menjadi punca kepada jaringan penyamaan Laos, 23 minit kemudian apabila kesilapan hantarannya membuka ruang kepada Khonesavanh melepaskan rembatan yang mengenai kaki Aidil Zafuan lantas mengelirukan Farizal sebelum bola melantun masuk ke dalam pintu gol.
Semangat perjuangan Harimau Malaya akhirnya menjelma pada babak kedua walaupun berdepan situasi cemas seketika apabila melihatkan Safee gagal menterjemahkan sekurang-kurangnya tiga peluang terbuka pada minit ke-47, 58 dan 63 sebelum menemui sasaran melalui jaringan mudah pada minit ke-67 hantaran Wan Zack.
Gol itu ternyata membunuh semangat Laos dan Wan Zack yang layak dianggap antara pemain terbaik pada perlawanan semalam menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-75 hasil hantaran Kunanlan dan Khyril yang masuk selaku pemain gantian melakukan gerakan solo menarik bagi merakamkan jaringan keempat Harimau Malaya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121129/su_01/Harimau-Malaya-baham-Laos#ixzz2DZFQSHh9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, September 25, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU

15 SEPTEMBER 2012..Maka dengan ini, maka berakhirlah zaman bujang AKU. Pada usia 24 tahun Aku telah putuskan untuk menamatkan zaman bujang AKu. Bertempat di Masjid Wang Tepus, diwakilkan Wali Bakal Isteri Aku, Abdul Jabar bin Ahmad kepada imam kariah Masjid Wang Tepus, Utz. Halim dengan bersaksikan En. Affendi Ishak dan Samsuddin Darus, maka sejarah terbesar hidup Aku pon bermula. Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah, Aku bergelar Suami kepada Nor Shahira Binti Abdul Jabar.
So jom layan gambar skit..
Aku



My Wife

Akad

Aku Terima
Sain

Sah
Masjid Zahir

Add caption


Geng Ofis

Geng Jahat


Wednesday, September 5, 2012

Merdeka

MERDEKA!!! MERDEKA!!!MERDEKA!!!

30 Ogos 2012. Merdeka datang lagi..Buat kali pertamanya aku terlibat dengan program merdeka anjuran universiti. Geng2 library telah diamanahkan untuk menjayakan program merkeda peringkat universiti. geng library dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan kumpulan koir universiti. Pada majlis tersebut aku nad the gang akan menyanyikan 3 buah lagu iaitu: 1) Biru Warna 2) Negaraku & 3) Bahtera Merdeka..
Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu bertempat di Padang Kawad Sintok. Semua staf diwajibkan hadir pada hari tersebut. Waktu pejabat pada hari itu bermula jam 11.00 pagi.
Jom layan gambar....
Amerul & Shahira

Team Koir

Geng Library

VvIP

VC

Pelancaran



Me & Shidi

Bzzzzz

HUHU

VIP



Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..
  Di kesempatan ini. aku ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin buat semua.. Sedar x sedar sebulan puasa da abih.. Time posa dlu rasa lama ja nak abih masa nak tunggu berbuka, tapi bila dah raya, sedar2 dah raya ke-9. cepat tol masa berlalu.. so belajar la hargai masa..
Akad Nikah
 So mcm biasa, setiap kali raya mesti ada kelainannya.. tahun lepas raya sekali dengan merdeka, but tahun ni lagi ISTIMEWA bagi aku sebab aku dapat beraya bersama Tunang tersayang.. Aku dah bertunang @ dah jadi tunang orang @ dah berusia... hahaha.. terasa mcm baru smalam aku amek SPM.. masa pantas berlalu, so kena pandai2 la bahagi masa.. usia da meningkat, tak kan diri nak kekal mcm dulu2 lagi kan.. Aku pon skrg ni dah tak byk lepak2 kosong, kuar merayau., skrg masa aku byk kat kampung.. dok blajar2 buat keja umah, pegi pasar, beli barang2 dapur buat stok, bergaul dengan makcik2.. almaklum la dah nak berumah tangga, so kena la blajar semua2 ni.. x nak la culture shox sgt nnt..
Raya kedua lepas family aku pegi makan tengah hari kat umah tunang..biasa la, dah tunang, so kena la tetap tarikh akad nikah dengan kenduri plak. sembang p sembang mai, so tetap la tarikh 15 September 2012 ni akad nikah, kenduri umah pompuan 22 Disember 2012 & kenduri umah laki 6 Januari 2013.. kenapa kenduri lambat? haha bkn la, bak kata org tua2, kita buat yang wajib dulu katanya.. betul sgt la tu.. aku setuju aje.. hehe
 kalau ikutkan tu, nak kenduri tu byk nak kena prepare.. sO aku bajet sempat buat ujung thn ni. Apa pon doa+usaha+tawakal=redha..
So that all for today, don forgot to do ur assignment, see u next class.. hehe mcm g kelas plak.. jumpa lagi nnt yer.. muahhhhhhh

Sunday, July 8, 2012

My Day

Assalamualaikum..
 ......Syukur ke Hadrat Ilahi, dengan limpah dan KurniaNYA, Akhirnya, setelah pelbagai ujian yang mendatang, tanggal 07.07.2012, AKU akhirnya bertunang.. Diiringi Ustaz Nizho, Ustaz Ghadafi, En. Shahrin, En. Nan, Pak CIk Zon bersama isteri dan anak perempuannya, Mak JAng, Mak Cik Fiza & My Beloved Abah & Mama, kami berangkatlah ke Wang Tepus Jitra. Seperti biasa, Hero p dulu la, riki jalan & pegi ambik kek tunang kat Secret Recipe. PAstu Aku tggu robongan Abah kat MAsjid Wang Tepus. Sampai ja Solat Tahiyatul Masjid dengan Hajat dulu la, mohon keberkatan,. Jahat mcm mana pon, susah senang kena ingat gak pada yang SATU..
 Kul 3.33 diorang pon sampai kat masjid. PAs semua dah kumpul, kami pon gerak la ke umah BAKAL Tunangan Aku..AGAIN.. Hero kena pi dulu, tunjuk jalan.. dah sampai diorg pon masuk la dalam. Hantaran tunang se simle mungkin la. 3 hantaran dari pihak lelaki dan dibalas 5 dari pihak perempuan. Kami kongsi beli barang hantaran ni. Ada Kek Secret Recipe, biskut Femes Ames, Coklat Nougat,coklat Ferrorororor Rosher, Chese Tat, Cup Cake, Toblarone & Buah-buahan.. Thanks to Noor Khairul Izani & Azamimah sebab sponser barang2 hantaran kami..
  ...Macam biasa la, Aku ni kena la tggu kat keta, ketaq punya pasai, Baca Yassin dulu dalam keta.. Rasanya x lama mana pon, ngam2 aku abih Yassin, Anak sedara tunang aku pon mai panggil AKu.. Pehhhh lagi berdebar jantung ni.. MAsuk2 umah ja semua gelak ja, kira dah OK la tu.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. So dah tetap semua belanja, Mas kawin, maka berakhirlah proses bertunang..

JOM LAYAN GAMBAR...

Cup Cake Cinta

Buah-Buahan

Famous Amos

Ferroro Rosher & Toblarone

Chese Tat

Mama & Baby

Selesai Sudah

07/07/2012

Me & Her

Manis tak? hehe


Anak menakan yang Gila-gila

Bakal Ibu Mertua
Pihak Perempuan

Rombongan lelaki. Dari kiri AKu, Abg Nan, Ustaz Nizho, Ustaz Ghadafi, Abg Shahrin & Abahku

Sebelah Shahira tu, My MAma

Pihak Lelaki