Wednesday, January 4, 2012

Sulit lagi Menyulitkan Chapter 1

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77
BERDAFTAR
 
 
KUALA LUMPUR: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.
Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.
Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

“Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.

Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.

 Berita disunting dari akhbar harian metro edisi 05/10/2011

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
Meh nk komen skit pasal cita ni.
Ramai dikalangan member2 AKu mmg dalam kalangan geng2 ni. Dan yang pasti semua ni adalah rahsia dan sangat sulit, so buat pa nk dedah sangat kat org pasal hal rumah tangga org lain. AKU tau kes ni jadi sebab ramai BUDAK2 kat luar tu nk tunjuk SAMSENG, nk jadi kuat pekik sana sini padahal XDAK BAJU pon.
Syarat utama dia mesti berkahwin dan mempunyai tanggungjawab. Tp budak skrg dok salah guna, p pau sana sini.
Xnak cakap byk sgt takut kena saman..
BUT..
For me, ini SULIT.

1 comment:

  1. Salam Ukhuwah Fillah ..

    Allahumma Soli Ala Saiyidina Muhammad , Wa Alaa Alihi Saiyidina Muhammad ...

    Laa Hawla Wa Alaa Quwwata Illa Billah ,

    Subahanallah Walhamdulillah Waala illahailallah ...Allahuakbar ...

    Bagi Pendapat Saya , Berkenaan Dengan soalan Saudara Tu .. Kamu Sebagai Seorang kawan , Kamu Nasihat La Dia ... Dia Boleh Tipu Semua Orang , Tapi Dia Ttap Tak Boleh Tipu Diri Sendiri , Tipu Allah S.w.t ... Soalan Berkaitan Dia Pakai Baju Tu Boleh Ke Tak .. Jawapannya , Baju Apa Dia Pakai ..


    Kalau Dia Agama Islam ... Bagitau Dia , Dalam Hidup Ni Kalau Tak Mau Sesat , Pengang La Al Quran Dan Al Sunah ... Yang Wajib Dituntut Tak Mahu Buat , Yang Pelik2 Juga Dia Suka Buat .. Nak Tau Juga Dia Ni Sapa .. Sebab Zaman Nabi Junjungan Besar Kita Dulu , Nabi Muhammad S.a.w Tak Ajar Pun Umat Dia atau Para Sahabat Nabi , Suruh Main Buah ,Lepas Tu Makan PAW Sana Sini .. Pengang Colok .. Titik Darah Buat Janji Taat Setia , Tak Dak Pun .. Jadi Suruh Kawan Kamu Sedar Diri Sikit .. Dia Tu Hamba...Sampai Masa Allah Jemput Balik .. Dia Akan Balik .. Malaikat Tak Tanya Apa Buah Hang Pandai Buka .. Apa Buah Hang Pandai Main..Masa Tu Baru Tau 7 Petala Langit 7 Petala Bumi Tu Apa , Yang Dulu No 1234567890 Angka Besar Kecik Apa Binatang Pun Hang Sebut Pun Tak layan..

    ReplyDelete