Tuesday, February 5, 2013

Aku & Basikal

 PSUKAN ONLINE : AKTIVITI ‘Aku dan Basikal’ Siri 3 eratkan kerjasama di antara dua agensi pagi tadi dengan mengadakan lawatan Ke Kolej Pertanian Malaysia bertempat di Felda Bukit Tangga.

Seramai 35 peserta yang terdiri daripada staf Pusat Sukan dan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) Universiti Utara Malaysia (termasuk AKU)  turut serta dalam aktiviti kayuhan tersebut.

Di Kolej Pertanian Malaysia, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai latar belakang kolej dan dibawa melawat ke beberapa kawasan oleh Pegawai Perhubungan kolej tersebut.

Menurut Encik Razak Siamin, Pustakawan Kanan PSB “ Aktiviti riadah bersiri ini mampu mendekatkan diri di antara staf kumpulan pengurusan dan sokongan disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan dan juga menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sihat ”.

Beliau juga berharap aktiviti ini diteruskan dan dijadikan rutin mingguan dalam mempromosikan aktiviti berbasikal di UUM.

Kayuhan pertama selepas 15 tahun














Warm Down



Sunday, February 3, 2013

Ku Bersujud...

Assalamualaikum..

Nak kongsi-kongsi langsi skit.. tumpang lalu ye. Alhamdulillah kenduri kawin aku dah selamat, semua berjalan dengan amat lancar, xdak apa2 masalah, makanan semua cukup. Seperti semua pasangan la yang berkahwin, dah selesai kenduri, mula la operasi Bintang Mencari Bintang, Ada Bakat? Boleh menyanyi dan melawak? MAKA.. andalah yang Aku cari.. hehehe, merepek toi la.. Gurau2 je. Cita sebenarnya ialah merancang untuk kehamilan la.. 

So start dari kenduri aku 6 Januari 2013 hingga harini, 4 Februari 2013, sudah hampir 1 bulan kenduri Aku.. Since kenduri umah aku, aku dah start projek Mencari Bintang tu.. Usaha demi usaha telah aku jalankan, Selain daripada aktiviti fizikal, akktiviti rohani seperti berdoa,berzikir & bersedekah telah aku lakukan.. Kata orang, bila ringan tangan menderma, dan ringan bibir untuk berzikir, maka tanamlah dalam hati, "Ya Rahman YA Rahim, Janganlah engkau biarkan aku bersendirian tanpa zuriat".. Seperti biasa, Usaha+ Doa+ Tawakal.. kata orang, tawakal tu bukan la dok saja, kalau zikir tu, kena la tambahkan zikir tu,istiqfar.. 

Aku ni dah merangkap P.A bini aku, tiap2 bulan, aku la yang dok tanda kalender kat dia, tanda bila Mr. P datang, bila abih.. So aku tau la bila masa subur dia.hehehe.. So lately bini aku mengadu:

  1. Period dah lewat seminggu.
  2. Selalu muntah dan mual.
  3. Cepat letih.
  4. Mengantuk.
  5. Mudah tidur.
  6. Sakit ari2.
  7. Payudara tegang.
  8. Sakit-sakit badan.
  9. Period cuma dua hari untuk 2 bulan berturut.
Semua simtom-simtom diatas merupakan sintom biasa bagi bini aku bila dia nak datang period kecuali sintom yang pertama dan terakhir. So, berlalu hari2 ku.. MAk mertua aku pesan, try la pi jumpa Bidan KAmpung @ MaK cik Piah. Tanpa berlengah aku pon pi bawak bini aku.. Stibanya di umah Mak cik Piah, bini aku masuk dalam bilik dan Mak cik piah mengurut la.. Hampir 30 minit gak la aku tunggu kat luar, sambil ditemani Husband Mak cik Piah layan Bola yang aku tak beraoa nak minat.. Setelah siap, kami pon pulang, Bini aku cakap, Bidan kata, "peranakan semua ok, Rasa MAcam ada dah".. Apa yang ada kau tanya? baru minggu lepas kita p scan kat klinik tapi tak dak pa.. Bidan cakap, tunggu period bulan ni mai atau tidak.. aku pon berlalu pergi..

Dah bidan kata DAH ADA, masa pi LAngkawi baru-baru ni, kami tak da la buat aktiviti lasak kat LAngkawi, just rilek2 santai ja. TApi ada gak aktiviti lasak yang kami buat, iaitu: Merabat TElaga Tujuh..TERBAIKKK.. haha. Balik tu trus pi cari orang urut kaki kat Nusantara (kedai minyak gamat).. Kami berdua pi urut kaki(refleksologi) kat Pak Cik JAmal. MAsa dia urut aku, dia kata aku sihat, cuma angin ja.. pastu urut kaki bini aku plak, yang penting aku tanya yg peranakan ok tak? JAmal tu cakap, semua  OK ja, kena "RAJIN-RAJIN LA BERSAMA".. hehe..

So bila semua urusan dah selesai, kami pon balik la dari langkawi.. 
Tunggu punya tunggu period tak datang lagi, dah lebih 7 hari. Macam mana ni? kebetulan pada hari Selasa depan, 5 Februari 2013 ada Kayuhan Basikal ke MARDI, "baby nak join ke?,period xmai lagi ni".. So kami berpakat nak pi beli Urine Pragnantcy Test, Clearblue la bro..hehe. Balik ja keja kami trus pi bli kat Watson..
Berikut dilampirkan rajah gambar keputusan:
Rajah 1: Keputusan


Menitis air mata buat seketika..
Betul ke ni, tak nak terlalu mengharap.. aku pon terus memaklumkan kepada MAMA.. kita tunggu dan lihat la dalam 2 minggu lagi, nak terus g cek kat klinik. Hope semua ini benar.. Rezeki aku bertambah. 
"cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja".. tunggu saja 2 minggu lagi.. Adios.. Ami Ghost.. hehe Sayonara.. Bye....