Tuesday, February 5, 2013

Aku & Basikal

 PSUKAN ONLINE : AKTIVITI ‘Aku dan Basikal’ Siri 3 eratkan kerjasama di antara dua agensi pagi tadi dengan mengadakan lawatan Ke Kolej Pertanian Malaysia bertempat di Felda Bukit Tangga.

Seramai 35 peserta yang terdiri daripada staf Pusat Sukan dan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) Universiti Utara Malaysia (termasuk AKU)  turut serta dalam aktiviti kayuhan tersebut.

Di Kolej Pertanian Malaysia, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai latar belakang kolej dan dibawa melawat ke beberapa kawasan oleh Pegawai Perhubungan kolej tersebut.

Menurut Encik Razak Siamin, Pustakawan Kanan PSB “ Aktiviti riadah bersiri ini mampu mendekatkan diri di antara staf kumpulan pengurusan dan sokongan disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan dan juga menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sihat ”.

Beliau juga berharap aktiviti ini diteruskan dan dijadikan rutin mingguan dalam mempromosikan aktiviti berbasikal di UUM.

Kayuhan pertama selepas 15 tahun














Warm Down



No comments:

Post a Comment