Monday, April 1, 2013

Info Sihat: Tanaman Herbal " Sambung Nyawa"

Sambung Nyawa

Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour

Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina

Salam 1 Malaysia. 

Harini Aku nak kongsi skit perihal tanaman herba yang agak terkenal di Malaysia. Pokok ini ada ditanam di hadapan rumah ibu mertua Aku yang pada mulanya aku menganggap pokok ini cuma sekadar tanaman yang tumbuh meliar. Sambung Nyawa atau nama saintifiknya Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour merupakan tanaman herba yang merupakan tanaman asli bagi negara Myanmar dan China, namum pesat digunakan dalam perubatan di negara- negara asia tenggara seperti seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, ujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, pertulangan menyrip, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, tumbuhan herbal ini dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Ia bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengubati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit,  menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis. Berdasarkan penyakit yang aku BOLD kan ni, semua ini terdiri daripada penyakit yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu.

AKu harap info ini berguna pada semua. Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan kita :).. hehe, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT... 

No comments:

Post a Comment