Monday, November 18, 2013

Tamiya Mini Break in Motor (Update 13 JULY2014)









Tips 1
  1. Masukkan cecair ke dalam motor kemudian running motor itu dengan menggunakan bateri yang agak-agak dah lemah. Run dalam 3minit. Jangan leka!!! pastikan motor tidak terlalu panas. Kena selalu monitor.. Sayang duit sama ya..
  2. Rehatkan motor untuk beberapa ketika sehingga sejuk. Kemudian run skali lagi motor itu dengan menggunakan bateri baru or yang lebih kuat dari bateri tadi. Run dalam 3minit. Jangan leka!!! pastikan motor tidak terlalu panas. Kena selalu monitor.
  3. Rehatkan motor,agak-agak la, jangan sampai sejuk terus. suam-suam tu ok la. Kemudian, masukkan motor tersebut ke dalam bekas yang berisi cecair. Separuh bekas pon dah cukup, agak-agak tenggelam motor. Biarkan sehingga motor tersebut sejuk dengan cecair tersebut. Kemudian, keluarkan motor dan biarkan ia diatas kertas tisu. Ketuk-ketuk motor tersebut agar keladak-keladak dalam motor itu keluar.
  4. Run skali lagi motor, kali ini biar motor itu run dalam jangka masa yang lebih singkat. Ulangi langkah 3. Kemudian masukkan motor tersebut dalam bekas berisi cecair tadi dan biarkan selama 30minit atau 1 jam. Kemudian keluarkan motor tersebut, dan rehatkan ia atas kertas tisu sehingga kering. 
  5. Ready For Race!!!


Tips 2
  1. Masukkan trus motor yang siap disambung kepada bateri ke dalam bekas berisi cecair (minyak singer @ speed oil).
  2. Run 5 minit.
  3. Pastu keluarkan, sejat diatas kertas tisu dan cuci.
  4. Ready to rumble.
Tips 3

  1. Titiskan minyak singer ke dalam motor kesayangan anda.
  2. menggunakan kekuatan 4 biji bateri, run motor berkenaan tanpa sebarang beban,pinion pon cabut buang. Agak-agak dalam 2 minit.
  3. Rehatkan Motor seketika.
  4. Ulangi langkah 2.
  5. Rehatkan Motor.
  6. Ulangi langkah 2 tapi dalam jangka masa yang lebih lama.
  7. Apabila motor mula mengeluarkan bunyi lain macam, ala2 V-Tec, Spray RC Cleaner atau seangkatan dengannya kedalam motor.
  8. Rehatkan Motor.
  9. Pasang motor pd chasis.
  10. Race!!!
Tips 4 (Update 20 Januari 2014)
  • Jenis 4 biji bateri holder.
  • Kain Lap
  • Contact cleaner (SC99)
  • Minyak Singer

  1. Segala ilmu yang diperolehi adalah hasil daripada pemerhatian dan penyelidikan. Pelbagai cara yang telah dipelajari hasil perkongsian rakan-rakan di facebook. DAN terdapat cara break-in yang berbeza-beza mengikut Sifu masing-masing. So, Aku just Share kan maklumat ini untuk kepuasan bersama. Boring gak kalau setiap kali race kita menang kan, nak jugak skali skala ada pencabar. Ilmu untuk dikongsi, bukan diperam sampai basi.
  2. Teknik termudah break in yang baru aku dapat baru-baru ini. Run enjin yang baru unpack dari kotak dengan kekauatan 4 bateri (tanpa sebarang beban), agak-agak la dalam 2 minit.
  3. Rehatkan enjin berkenaan. 2 minit.
  4. Spray cleaner sehingga anda pasti segala kotoran degil hilang. Biarkan ia kering.
  5. Titiskan miyak singer di shaf-shaf enjin dan di dalam enjin. (cari la mana-mana lubang yang muat untuk disuntik minyak.
  6. Selesai.. senang bebenooo..

credit to speed houz picture






Note:

Every motor come with flat carbon brush, we need to break in the motor to make it curve so that, it can run easily when contact to commutator. 
Attention!!!
New info, if u used the strong batteries, your carbon brush will reduce faster, so your lovely motor will KONG faster..

USAHA LEBIH SKIT, KADANG-KADANG MOTOR BARU NI LAMBAT SKIT NAK DAPAT TOP SPEEDNYA...


UPDATE 13 JULY 2014
SUMBER: FACEBOOK
Speed Demon Hobby Tips untk brek in motor
sama kita belajar macam mana nak break in motor.....atau org selalu panggil nyet2...ini cara senang sediakan alat-alat seperti berikut..
1)bateri 4 biji alkaline lemah dan alkaline power dan fresh.
2)minyak singger atau pelinciran yang di benarkan...jangan pakai zippo atau minyak kelapa.
3)bateri holder empat jek dah cukup...kalau dapat 2 jek slot lagi terbaik....sesuai dengan input and output motor.
langkah2 yang perlu di ambil.
1)gunakan motor baru yang baru yang masih dara dan ketat lagi padnya (sila refer gambar rajah)
2)masukan motor tamiya anda dalam kereta dan sertakan bateri lemah sekali...pasang motor macam biasa jangan jalankan kereta...biarkan selama 3-5 minit.jangan gatal2 masukan minyak atau sebarang pelinciran masa proses nie..ini namanya proses kasih sayang..ehehhe (ini untuk mukadimah pada enjin..)
3)selepas itu biarkan motor sejuk.
4)masukan bateri lemah ke dalam bateri holder 4 slot..kemudian titikan setitik tak lebih lima titik minyak singer atas enjin dekat area2 brush (refer rajah) dan sedikit di bawah shaft dekat bearing...
5)macam biasa mulakan dari terminal yang memacu kereta ke depan dulu (+, - ) jangan lama2 run cukup dalam 5- 10 saat....pastu tukar dengan putaran terbalik (-,+) selang seli di lakukan dalam beberapa minit......
6)nanti akan ada seolah-olah enjin kita bergegar...rilek macam kita asah apa2 pun permukaan tak rata memang bergegar...apa kita buat spray contact cleaner DRY,Nitro buster,atau RC cleaner...tapi budak2 johor pakai mekanik contact cleaner warna oren...singapore pula banyak pakai mekanik hijau...saya nasihatkan pakai nitro buster atau tamiya RC cleaner..
7)ulangi langkah 6 sampai kedua2 belah bunyi lancar tanpa gegar...kalau kita dengar macam mana Vtec bukak macam tue lah hasilnya selepas di breakin enjin tamiya nie...kita mesti pandai bezakan enjin meraung mula2 dan akhir nie dengan telinga yang terbaik...
8)dalam proses 5 di jalankan sekiranya kita dengar motor kita kering masukkan lagi minyak singer...dan selang seli spray dengan contact cleaner...nanti kita boleh tengok RPM enjin naik macam Vtec buka...
9)kenapa saya tak minta anda masukkan com drop atau minyak breakin (minyak brek) sebab ini perlukan kepakaran tinggi dan salah letak RPM akan drop tapi ada caranya tertiba RPM bertukar kencang...(ini perlukan teknik praktikal untuk di ajar)
10)selepas mengulangi proses 5 dan 6 akhirnya kita akan dapat suatu jeritan RPM seperti enjin Vtec yang sedang terbuka luas....atau bunyi seperti ai terbuka dan semakin berkuasa...
11)sebelum masukkan enjin untuk di gunakan nyet2 motor selang seli seperti langkah lima dengan bateri alkaline fresh...titikan minyak singer dan semburkan dengan RC cleaner..yeahhh pastu rasai kelajuan yang anda mahu..
Pesanan ikhlas dari DR tamiya: jangan break in enjin dalam minyak singer,dalam air,dalam zippo atau apa2 jek cecair untuk di rendam...sia2 jek sebab itu akan melambatkan proses dan cepat motor kong....tak percaya boleh buat...ehehehehe
KALAU DAH DAPAT KUASAI MACAM MANA NAK BREAK IN...JANGAN KEDEKUT ILMU KASI BANTU DAN AJAR MEREKA YANG MASIH BARU...UNTUK KEKALKAN HOBI INI...

27 comments:

  1. bleh x buat satu video break in?....xbrp faham la....tip 1 tu...kne run moto lam cecair ke or just letak dalam tu?

    ReplyDelete
  2. yg tips 1 tu kita just masukkan minyak dalam enjin.. pakai tip yang paling senang.
    Enjin baru,spray Sc99 dalam enjin tu. pastu biar sampai kering. Jgn run lagi. bila dah kering, titik la minyak Singer kat kedua-dua shaf. PAstu run enjin tu guna 4 bateri dalam masa 2minit. pastu, rehatkan enjin. ok. pastu spray skali lg Sc99 dalam enjin. pastu try ketuk2 enjin tu kat tisu, nampak x carbon keluar?

    ReplyDelete
  3. Bro, sy break in sprint dash bleh pi 49kmj ja.. so pikir2 la nk guna cara sy ke x.. hehe

    ReplyDelete
  4. bro, yg tips 3 tu, kesemua bateri kene full ke?

    ReplyDelete
  5. xfull pon xpa.. last step sila titik minyak singer tu kat kedua-dua blah shaf.

    ReplyDelete
  6. ohh.. tu yg last ? kalau takde sc99 dan rc cleaner mcm mne?

    ReplyDelete
  7. yup. last kena bg berminyak skit shaf tu.. kalau kering mcm biasa la geseran.. rc cleaner pon ok.

    ReplyDelete
  8. Cara titik minyak singa runing 5minit setiap 30saat titik minyak singa.. sprint dash bleh pegi ke 52km/h tp skang turun blik 42km/h

    ReplyDelete
  9. Drg buat sprint dash bleh pegi ke 71km/h tp drg xnk ajor huhu

    ReplyDelete
  10. Rasanya sprint dash mmg x tahan power la.. Guna myk singer sahaja mmg bleh sampai 52kmh. 3 kali race pastu break in balik dah drop sampai 45kmh.. jawapannya mmg kena beli sekotak la. maksimum 5 kali race Speed, pastu tukar main semi speed plak la.. Haha, 71kmh tu dah bleh kejar Honda bulat aku..

    ReplyDelete
  11. klo carbon brush dh xda apa akn jadi ye..

    ReplyDelete
  12. ada yang cakap pas carbon brush abih, enjin akan jadi slow sbb power bateri yang sampai ke enjin tu skit. kena tanya kepada yang lebih pakar. hehe

    ReplyDelete
  13. mano nk cri mnyak singer ngan cleaner2 tu?? nubis

    ReplyDelete
  14. minyak singer ni saya bli kat kedai hardware or kat pasaraya bahagian hardware. cleaner bli kat kedai yang jual barang tamiya. xpon bli online kat seller2 facebook.

    ReplyDelete
  15. kegunaan zippo lighter fluid tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 ada org guna zippo utk break in. tuang zippo dlm bekas pastu break in rendam ja motor dlm tu. tp slalunya motor xtahan lama. sbb carbon brush abih cepat..

      Delete
  16. Replies
    1. bleh gak, penah try kat stock motor.. dapat 24km/j. bleh la makan power dash yang blom break in..

      Delete
  17. Tips no berapa yg paling bagus untuk dapatkan power maximum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu xpenah compare lg, tapi yg paling OK, spray cleaner dlu masa mula2 unpack motor tu, pastu titik myk singer pastu baru run motor guna 4 bateri yg agak2 lemah.. motor baru cepat panas, so yg mula2 tu jgn run lama sgt.. tujuan break in cuma nk buang skit2 brush, kalau terlebih buat, abih plak brush tu..

      Delete
  18. kalau guna silicon spray xleh ke bro???

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, sy pon x tau silicon spray tu utk apa. kena tya otaisen.. hehe

      Delete
  19. ape beza setting speed dan semi speed ye???....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi sy, setting enjin dgn gear sama. beza cuma semi speed tambah damper dgn brek.

      Delete
  20. Rehatkan motor untuk beberapa ketika sehingga sejuk. Kemudian run skali lagi motor itu dengan Rajshahi best it menggunakan bateri baru or yang lebih kuat dari bateri tadi. Run dalam 3minit. Jangan leka!!! pastikan motor tidak terlalu panas. Kena selalu monitor.

    ReplyDelete