Wednesday, November 30, 2011

Kuantan Pahang

Crew 8-14 Welcome Party + Birthday Party

Assalamualaikum...
Chapter 1-Bas Oh Bas

Nk cita skit ni, tanggal 24 haribulan November lepas, maka berangkatlah aku Kuantan.. Tp sebelum tu aku kena turun KL dulu sbb ada member kat Gombak tu nk ajak p skali Kuantan. Oleh sebab member aku ni soh Aku turun hentian Duta dari Changlun, Aku terpaksa naik bas Shamisha Travel sebab bas lain tak masuk Duta. Nk Dijadikan cita, tiket kul 1030, tunggu pya tunggu kul 11.30 baru bas mai, panas dohhh. Tanya driver dia ckp bas datang dari Kangar n jalan jem. Dah sedap2 naik bas masuk Alor Star p Shahab Perdana plak ambik penumpang. Tengah2 tunggu penumpang lain ada la Brother tu datang bgtau kata yg pg Duta,Shah Alam kena turun naik bas lain, berbulu aku ni.. stress.. Tapi xpa, dengan macho nya aku pon turun. Tunggu punya tunggu kul 1 baru bas datang. Ramai gak la yg senasib dengan aku.. huhu betul2 menduga kesabaran.. Tapi oleh kerana Misi Utk ke Kuantan, aku kuatkan semangat. Satu lagi cita, dah naik2 bas tu apa lagi, driver kejar masa la. Pecut tak Hengat plak dia, aku rasa dalam 160-180kmj gak.. siap bleh sampai stesen myk Petronas kat KL tu sama2. Gila2..

Chapter 2- Disini Bermula,Part ni biar gambar berbicara..( i love when image can talk) :p
Bandar Kuantan





Sekitar Bandar

Benteng
Benteng


Teruntum
ECM

Kuantan



Part Makan
Sarapan Pagi

Nasi Lemak Skit RM2.00 + telur mata ok &
Teh O Limau Rm1.20

Roti Canai Rm 1

Sata: Datang kuantan x mkn ni serupa
xyah datang

5 biji RM2.00

3keping RM1

Mixed RM 8.00 (2 set)

Nyam2

Aummm

Selepas Selesai





                                                  University College Shahputra
Bas Baru!!!

Nama Pon Baru!!

Ubat Ridu

Student?

Home Sweet Home
                                                                                                                                                                           Teluk Cempedak: Salah satu ikon Kuantan
Love u Too

Love Mee?

Mcm Terengganu

RM10.90

Bazar TC

Cenderahati


Unique

Jalan TC

RM22

Tasbih



Abg Jual Barang

Suasana Petang

2Jam baru bleh buat

Murah2

Pilih-pilih barang

Cenderahati

Decoration Mug

Teguh


Happy Hour

SUDDENLY
STOP
THEN
MIRACLE HAPPEN
SO HAPPY

AGAIN & AGAIN
SO ALWAYS
AND ALL IT HAPPEN TODAY
>>>>>>THANK YOU<<<<<<


Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Ku

22 November 2011, Merupakan saat penentu bagi kejohanan Bola Sepak Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Indonesia. Tidak salah jika Aku katakan yang kejohanan ini merupakan acara kemuncak untuk penutup 2011. Walaupon baru-baru ini industri tanah air kita baru selesai Festival filem, tetapi kejohanan bola sepak sukan Sea ini lebih mendapat liputan dan perhatian ramai dan Dunia..
Seperti mana yang kita sedia maklum, pasukan kita terikat dengan kedudukan 1-1 sebelum berjaya memenangai acara ini dengan penalti 5-4. Pasukan kita telah berhempas pulas selama 120minit. Walaupun dalam keadaan yang sangat letih kita bukan saja dapat bertahan tetapi tetap menggugat gol pihak lawan dengan beberapa percubaan merbahaya. Jika kita dapat saksikan, kesebelasan utama kita terdiri dari anak2 muda tempatan berbanding dengan pasukan lawan. 
Isu yang hangat diperkatakan di laman-laman sosial pada hari ini ialah isu pemain bernama Fakri. Nama beliau kerap disebut kerana kegagalanya menyudahkan hantaran yang diberikan. Tapi harus kita semua ingat, Jaringan beliau yang melayakkan pasukan kita ke final. Sebagai pemerhati, kita mudah untuk mengulas dan Komen pasal permainan, tetapi adakah kita sendiri pernah berdepan dengan situasi permainan seperti ini yang 1MALAYSIA bergantung dengan kita? itu merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul oleh setiap pemain. Waktu menang disanjung, tapi bila kalah, kita dimaki dan dihina..
Apa pon syabas diucapkan kepada HARIMAU MUDA kita, semoga dengan pelaburan sukan kita di sekolah-sekolah sukan kebangsaan akan mampu menghasilakan bakat-bakat negara yang berkualiti dalam semua acara..
"Hitam Kuning, Hitam Kuning,Hitam Kuning"
Harimau Muda
AUUUUUUMMMMMMMM
SALAM 1MALAYSIA..


Wednesday, November 16, 2011

Merialisasikan Kecemerlangan Diri

  1. Pembangunan diri yang berterusan bermakna pembelajaran yang berterusan.
  2. Jalan kecemerlangan pada mellenium baru ini adalah pembelajaran.
  3. Orang yang maju dalam kerjayanya adalah orang yang sentiasa memperbaharui dan mengemaskini kemahiran mereka.
  4. Sesiapa yang tidak berminat untuk belajar pasti akn ketinggalan.
  5. JADILAH PELAJAR SEUMUR HIDUP.
  6. "KAMU SENTIASA MENJADI ALIM SELAGI KAMU MENJADI PELAJAR,MAKA APABILA KAMU MERASA CUKUP,KAMU TELAH MENJADI JAHIL." (HR:Muslim).
  7. Terima hakikat yang kita PERLU BERUBAH
  8. Perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielak. Kita kena terima perubahan.
  9. Perubahan bukanlah satu ancaman tetapi adalah satu harapan.
  10. Salah satu cara untuk mengenalpasti seseorang itu berjaya atau tidak ialah samada dia mudah berubah atau tidak.
 MOOD: Memotivasikan diri sendiri. 
:p