Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Ku

22 November 2011, Merupakan saat penentu bagi kejohanan Bola Sepak Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Indonesia. Tidak salah jika Aku katakan yang kejohanan ini merupakan acara kemuncak untuk penutup 2011. Walaupon baru-baru ini industri tanah air kita baru selesai Festival filem, tetapi kejohanan bola sepak sukan Sea ini lebih mendapat liputan dan perhatian ramai dan Dunia..
Seperti mana yang kita sedia maklum, pasukan kita terikat dengan kedudukan 1-1 sebelum berjaya memenangai acara ini dengan penalti 5-4. Pasukan kita telah berhempas pulas selama 120minit. Walaupun dalam keadaan yang sangat letih kita bukan saja dapat bertahan tetapi tetap menggugat gol pihak lawan dengan beberapa percubaan merbahaya. Jika kita dapat saksikan, kesebelasan utama kita terdiri dari anak2 muda tempatan berbanding dengan pasukan lawan. 
Isu yang hangat diperkatakan di laman-laman sosial pada hari ini ialah isu pemain bernama Fakri. Nama beliau kerap disebut kerana kegagalanya menyudahkan hantaran yang diberikan. Tapi harus kita semua ingat, Jaringan beliau yang melayakkan pasukan kita ke final. Sebagai pemerhati, kita mudah untuk mengulas dan Komen pasal permainan, tetapi adakah kita sendiri pernah berdepan dengan situasi permainan seperti ini yang 1MALAYSIA bergantung dengan kita? itu merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul oleh setiap pemain. Waktu menang disanjung, tapi bila kalah, kita dimaki dan dihina..
Apa pon syabas diucapkan kepada HARIMAU MUDA kita, semoga dengan pelaburan sukan kita di sekolah-sekolah sukan kebangsaan akan mampu menghasilakan bakat-bakat negara yang berkualiti dalam semua acara..
"Hitam Kuning, Hitam Kuning,Hitam Kuning"
Harimau Muda
AUUUUUUMMMMMMMM
SALAM 1MALAYSIA..


No comments:

Post a Comment