KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.
 |
| BERDAFTAR |
KUALA LUMPUR: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam
dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada
beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk
mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.
Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman,
Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati
beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di
kalangan pelajar sekolah.
Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak
berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting
bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.
“Pengetahuan ini
penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak
masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu,
macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,”
katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.
Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba
meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven
(77), 36, 08, 04 dan 108.
Berita disunting dari akhbar harian metro edisi 05/10/2011
Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
Meh nk komen skit pasal cita ni.
Ramai dikalangan member2 AKu mmg dalam kalangan geng2 ni. Dan yang pasti semua ni adalah rahsia dan sangat sulit, so buat pa nk dedah sangat kat org pasal hal rumah tangga org lain. AKU tau kes ni jadi sebab ramai BUDAK2 kat luar tu nk tunjuk SAMSENG, nk jadi kuat pekik sana sini padahal XDAK BAJU pon.
Syarat utama dia mesti berkahwin dan mempunyai tanggungjawab. Tp budak skrg dok salah guna, p pau sana sini.
Xnak cakap byk sgt takut kena saman..
BUT..
For me, ini SULIT.