Monday, June 24, 2013

Wonders of Mother Nature Part 1- Salak Denai

SALAK DENAI
JALAN BATU HAMPAR,06900 YAN KEDAH.

SALAK DENAI CHALET terletak di kaki Gunung Jerai berhampiran PUSAT PERANGINAN TITI HAYUN DAN BATU HAMPAR. Setiap chalet mempunyai satu kolam. Kolam-kolam ini hanya boleh digunakan oleh penyewa chalet berkenaan sahajahttp://salakdenai.blogspot.com/

Assalamualaikum
 21 Jun 2013, Sekumpulan penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (AKU le, hehe) telah menemui satu penemuan baru di Yan Kedah,iaitu SALAK DENAI. Berita mengenai Salak Denai telah tersebar luas di seluruh negara mengakibatkan ramai pengunjung ingin datang kesini. Terletak di kawasan kaki Gunung Jerai dan di kelilingi dusun buah-buahan, Salak Denai merupakan satu fenomena baru bagi AKU untuk merehatkan diri.
Bercirikan LOW Profil chalet, Salak Denai menawarkan pakej2 yang berpatutan. Serendah RM 60 untuk separuh hari, dari pukul 11pagi hingga 6 petang cukup membuatkan pengunjung ingin datang lagi. Konsep 1 chalet 1 kolamnya sangat menarik perhatian Aku, boleh berendam sepuas-puasnya. Kalau sapa2 yang rajin masak, kat situ ada di sediakan tempat masa, tapi peralatan masak sila bawa sendiri la, tempat nak BBQ pon ada, arang bawak sendiri. Kalau ada anak2 kecik, lagi best. boleh lepas ja dalam kolam tu. dengan kedalaman kolam yang amat sesuai dengan ketinggian aku, so mmg agak best la, budak2 sila bawak pelampung or sewa ja kat sini. Sumber air terjun digunakan untuk kolam tu, airnya sangat jernih dan SEjuk..

Chalet Siti Fatimah (B)

1) CHALET SITI FATIMAH (B)
1/2 HARI = RM 60.00
1 HARI 1 MALAM = RM 80.00
Murahkan..

Sumber: Internet



Viva aku ke tu? hehe




Sunday, May 5, 2013

SEMBANG-SEMBANG PRU 13



 Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
05/05/2013, RAYA lagi kat kalender MALAYSIA.. Kali ni PILIHAN RAYA UMUM -13, lebih kepada Peperangan AKu tengok sebenarnya.. Untuk Aku, ni kali pertama aku mengundi, memang terasa macam pagi raya, bangun pagi, sarapan, semua bangun awal dan buat ramai kat dapur dok sembang pasai politik MAlaysia, nak sokong sapa, nak pangkah sapa, memang best.

Malam sebelum PRU, aku dok lepak kat Wang Tepus lagi, Kg. Bini ler.. Saja nak tengok kawasan, biasala la orang kg. Kat kg. baru bleh tgk corak politik sini, sapa yg buat keja, sapa yg makan gaji buta. Persoalan, mengapa kebanyakkan masyarakat kg. tak sokong kerajaan? ini terjawab apabila kita lihat sistem politik di kampung, bila mesyuarat, semua jawatan tertinggi depa nak, sebabnya dapat elaun itu ini, TAPI bila waktu nak buat keja, HILANG. So, macam mana orang nak sokong kerajaan? itulah punca kekalahan BN di sesetangah tempat. Kadang-kadang kita tengok, depa2 yang tak undi kerajaan ni bukanlah sebab depa suka sangat kat kepala-kepala pembangkang ni, tapi PRotes terhadap tindak tanduk perwakilan di kawasan masing2,alih2 kita semua yang rugi.

06/05/2013,1230am. Segalanya mula terjawab,BN dibawah pemerintan Najib Tun RAzak MENANG,tapi majoriti menurun daripada PRU 12. Sedar tak sedar, DAP mula BANGUN,BERSATU dan MULA
KAMI SUKA MALAYSIA
MENUNJUKKAN TARINGNYA. HAMPA SEMUA DOK LENA LAGI KA??? JANGAN SERONOK SANGAT MENANG.. kita semua ni tak lain macam hidup diatas pokok tualang yang besar dan gagah, hidup senang dan mewah dengan segala kesenangan tapi LUPA, ANAI-ANAI yang kecik tu mula makan sikit demi sikit akar tunjang kita.

KAMI SEPAKAT
JOM BACA NI
KUALA LUMPUR - DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13, apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi, dengan penasihat parti Lim Kit Siang menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Di kerusi Gelang Patah, Johor, Lim mengalahkan bekas menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman apabila memperoleh majoriti 14,762 undi.

Anggota parti berkata bilangan yang lebih ramai keluar mengundi iaitu sebanyak 89.1 peratus di kawasan itu berbanding anggaran seluruh negara antara 70 dan 80 peratus yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, menyumbang kepada kemenangan Lim.

Sokongan pengundi Cina di kawasan parlimen itu juga menyumbang kepada kejayaan Lim.

Selain Gelang Patah, calon DAP juga menang di Kluang, Bakri dan Kulai, namun kalah di Labis dan Tanjong Piai.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, DAP menang 28 kerusi parlimen.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengekalkan kerusi Parlimen Bagan dengan 34,159 majoriti undi serta kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Puteh dengan lebih 7,700 undi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengumumkan peletakan jawatan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan kerana bertanggungjawab atas kegagalan merampas semula kerusi negeri itu daripada Pakatan.

Di Kuala Lumpur, DAP menang semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.

Di Perak, semua tujuh calonnya menang dengan margin selesa di kebanyakan kerusi parlimen majoriti Cina iaitu di Taiping, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Beruas, Kampar dan Telok Intan.

Selangor juga menyaksikan DAP mengekalkan penguasaannya di Puchong (Gobind Singh Deo), PJ Utara (Tony Pua) dan Klang (Charles Santiago). Pendatang baharu Ong Kian Ming juga berjaya menewaskan Datuk Yap Pian Hon daripada BN di Serdang.

Di Melaka, calon DAP Sim Tong Him mengekalkan kerusi parlimen Kota Melaka, namun kalah di Alor Gajah menerusi Damian Yeo Shen Li, namun kekal di Seremban dan Rasah.

Di Sabah, DAP memnangi kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan, namun kalah di Sepanggar dan Putatan.
Di Sarawak, pengundi terutama di Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sarikei dan Sibu, memilih calon DAP sebagai wakil rakyat mereka di Parlimen, manakala BN menguasai Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas. - Bernama"        

                
BARISAN NASIONAL
VS

PAS

KEADILAN

KITA MELAYU,kau kata aku, aku kata kau, kau maki aku, aku maki kau.. KITA LUPA, ada orang senyum dan gembira..
LIM KIT SIANG
NYATA


SAMPAI BILA BERFIKIR? BILA HENDAK BERTINDAK?

Monday, April 1, 2013

Info Sihat: Tanaman Herbal " Sambung Nyawa"

Sambung Nyawa

Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour

Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina

Salam 1 Malaysia. 

Harini Aku nak kongsi skit perihal tanaman herba yang agak terkenal di Malaysia. Pokok ini ada ditanam di hadapan rumah ibu mertua Aku yang pada mulanya aku menganggap pokok ini cuma sekadar tanaman yang tumbuh meliar. Sambung Nyawa atau nama saintifiknya Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour merupakan tanaman herba yang merupakan tanaman asli bagi negara Myanmar dan China, namum pesat digunakan dalam perubatan di negara- negara asia tenggara seperti seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, ujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, pertulangan menyrip, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, tumbuhan herbal ini dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Ia bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengubati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit,  menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis. Berdasarkan penyakit yang aku BOLD kan ni, semua ini terdiri daripada penyakit yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu.

AKu harap info ini berguna pada semua. Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan kita :).. hehe, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT... 

Sunday, March 31, 2013

The Voice Season 4 "Blind Auditions Premiere Part 1"





 I 
SALAM 1 MALAYSIA..
brrrrr.. Best gila tengok audition the voice musim 4 smalam.. Suara masing-masing memang power tahap artis glamor.. hehe, mau tak nya. masing-masing bukan baru skali 2 menyanyi tapi memang dah well prepare sebab memang dari bidang musik. Ada yang ambik kelas vokal, full time study vokal,music business dan macam2 lagi la.. Fuhhh memang memang memang puas hati tengok depa ni perform. Ternyata VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA. So jom tengok skit muka-muka depa yang audition smalam..

Cathia, 19 — Bronx, NY
Cathia (no last name needed) was inspired by her mother to follow her dreams. “She made her own dreams come true,” she says, “It’s such a great example for me.”

Sarah Simmons, 22 — Memphis, TN
Music student Sarah Simmons took a break from college for the Blind Auditions, but not before she got a blessing from her school. “Because it’s such a great opportunity, the president of my music school let me leave college to come audition for The Voice,” she says. Hopefully he negotiated tickets to the live show as part of that deal, because this girl is going to go far this season!

Josiah Hawley, 27 — Port Smith, AR
Josiah Hawley wants you to know he is so much more than a pretty face (but he is definitely a really, really pretty face). It’s hard to remember anything else about his back story other than that he’s so pretty that he’s a model. Josiah is so attractive, in fact, that it’s almost possible to forgive his muzak-esque rendition of Maroon 5‘s “Sunday Morning.” Almost.

Midas Whale — Rexberg, ID
Someone alert Idaho: every single one of its hipsters has evacuated the state. All six Idahoan hipsters are now in California either auditioning or being an entourage at The Voice Blind Auditions. If you need to find an ironic bow tie, you’re going to have to wait until after Midas Whale is voted off.

Tawnya Reynolds, 32 — Nashville, TN
Up first is Tawyna Reynolds, who is really emotional about her ongoing lack of commercial success. “In Nashville, it’s a lot of work for little-to-no appreciation,” she says, tearing up as she explains that she has been playing four-to-five nights a week in bars and hotel lobbies for the past 12 years. It sounded so much more tragic when she said it over a swelling emotional soundtrack.

Sunday, March 24, 2013

Sulit lagi Menyulitkan Chapter 3: Gangster ker???

BOLEH KE JADI GANGSTER NI?
MACAM  TAK PERLU JE,.
PIKIR BAIK-BAIK YE.

SIAPA PON KITA

MACAM-MACAM ADA

I LOVE MALAYSIA

MEREKA HARAPAN KITA, PENDOKONG MATLAMAT KITA.

PROJEK X: My Honda C 70

Racing Boy

Use Honda Only

Ekszos Pisang ori


Assalamualaikum & Salam ! MAlaysia..
Oleh Kerana dah lama x Update, arini, mai nk tulis2 skit.. So perkembangan terkini, Alhamdulillah baby on born dah masuk minggu ke-12. Macam biasa la, dalam usia yang macam tu, baby tengah pesat membangun and mama dia pon mengalami simptom2 yang mencabar kesabaran diri.. hehe, AkU macam biasa la, rilek jer...

Tengah kalut2 nk jadi FAther ni, aku dan lagi dengan projek Honda C-70 Aku, Lepas lama tersadai blakang umah Tok Aku, Aku akhirnya mengambil keputusan untuk membewa pulang Moto ni p umah aku untuk baik pulih, malang skali aku terluapa nak ambik gambar masa mula2 bawak balik. Jangan tak percaya, walaupon sudah berusia hampir 50tahun, moto ini masih boleh berfungsi dengan baik, dulu Tok Wan bawak p motong getah dengan p kebun ja moto ni, lepas dia meninggal, moto pon tersadai. Bosan2 aku ajak Abah aku p ambik moto ni bwk balik mai umah, skali start ja terus hidup,power tak?/..


Tak nak panjang-panjang cita, ini la Honda C-70 yang telah 70% direborn.. 
Dok kat ruang tamu lagi..
tayar penuh cat

Spesifikasi:

Pemindahan              : 72 cm ³
Mesin                        : 4 langkah silinder Kepala Selama Cam tunggal
Pengapian                 : poin Breaker
Transmisi                  : 3-speed dengan kopling semi-otomatis (congkil)
Sistem bahan bakar  : Karburator Mikuni TS 125 (pikap)
Valve                          : 2 valve / silinder
Top Speed                  : 80 km / jam (50 mph)
Elektrik                        : Sudah tukar ke model magnet baru

Tayar                          : Dunlop TT900
Rims                           : Aloi Com Star 1.4
Ekzos                          : Asal
Sporket                       : 33-14 (lajak)
Head Blok                  : Asal