PENDANG, 24-26 JULAI 2010,Seramai 60 orang staf dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah menyertai Kursus Motivasi Jiwa anjuran Unit Laitihan dengan kerjasama College of Arts and Science UUM.
Tujuan utama Kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan staf pentadbiran dan staf sokongan. Para fasilitator terdiri daripada pensyaah dari College of Arts and Science iaitu Ustaz Ghadafi Rafae, Ustaz Shukri dan Ustaz Faizal Mustaffa.
Kursus ini menekankan aspek pembentukan rohani iaitu aspek dalaman dimana para peserta diwajibkan bersolat secara berjemaah dan berzikir secara beramai-ramai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking,aktiviti berkumpulan (belakun,explore race,membina menara) dan ceramah.
Diakhir kursus ini dapat dilihat para peserta begitu mesra dan berharap agar kursus seperti ini kerap dilakukan demi untuk mengekalkan semangat kerjasama di kalangan staf.
Wednesday, July 27, 2011
Monday, July 4, 2011
Malaysia Ku...
Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
dipetik dari lirik 1 Malaysia
Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha
... Oh MalaysiaKU...
Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara dan idealogi kebangsaan yang dijadikan sebagai garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Sememangnya rukun negara ini dihafal oleh setiap individu di Malaysia, dan diajar sejak kita di sekolah rendah lagi yang pada masa itu kita sendiri tidak benar-benar memahami apakah maksud dan kepentingannya.. Yang pasti kata-kata azimat ini membawa seribu makna dan pengertiannya.
Para pemimpin terdahulu begitu sayang akan keamanan dan kesejahteraan Malaysia, tidak seperti sesetengah pemimpin sekarang yang hanya berjuang demi kepentingan sendiri. Para pemimpin terdahulu telah bekerja keras untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah demi untuk rakyat-rakyatnya. Mereka berganding bahu bersama-sama tidak kira apa jua bangsanya.
Namun semangat ini kian luntur pada masa sekarang. KAU KATA AKU,AKU KATA KAU. Masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Entah apa yg mareka perjuangkan sekarang. Anak-anak muda seperti aku kian keliru dengan isu-isu sekarang. Seperti mana yang kita dapat perhatikan sekarang, negara-negara luar kerap ditimpa bencana alam, peperangan dan pelbagai musibah.
Subscribe to:
Posts (Atom)