Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
dipetik dari lirik 1 Malaysia
Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha
... Oh MalaysiaKU...
Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara dan idealogi kebangsaan yang dijadikan sebagai garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Sememangnya rukun negara ini dihafal oleh setiap individu di Malaysia, dan diajar sejak kita di sekolah rendah lagi yang pada masa itu kita sendiri tidak benar-benar memahami apakah maksud dan kepentingannya.. Yang pasti kata-kata azimat ini membawa seribu makna dan pengertiannya.
Para pemimpin terdahulu begitu sayang akan keamanan dan kesejahteraan Malaysia, tidak seperti sesetengah pemimpin sekarang yang hanya berjuang demi kepentingan sendiri. Para pemimpin terdahulu telah bekerja keras untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah demi untuk rakyat-rakyatnya. Mereka berganding bahu bersama-sama tidak kira apa jua bangsanya.
Namun semangat ini kian luntur pada masa sekarang. KAU KATA AKU,AKU KATA KAU. Masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Entah apa yg mareka perjuangkan sekarang. Anak-anak muda seperti aku kian keliru dengan isu-isu sekarang. Seperti mana yang kita dapat perhatikan sekarang, negara-negara luar kerap ditimpa bencana alam, peperangan dan pelbagai musibah.
Peperangan |
Ini menyebabkan negara-negara ini agak huru hara. kesannya juga dirasai kita. Kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia ini aman dan tenteram. Pada aku, isu perhimpunan yang dikatakan BERSIH ini seolah-olah menunjukkan yang golongan ini seperti tiada apa yang hendak dilakukan, daripada dok berimpun tengah-tengah panas tu, baik pergi kerja,dapat gak tambah pendapatan.
Tapi tak tau la kalau yang pegi berimpun tu semua orang-orang kaya, malang plak bagi orang-orang miskin yang terpengaruh dengan golongan-golongan ini. Dah la anak-anak dan isteri ditinggalkan dirumah, nasib tak baik kena tahan plak dengan ISA, meringkuk plak dalam jel tu.. pikir la sama masa depan anak-anak kat umah tu, jangan taksub sangat dengan perjuangan yang tak ketahuan punca tu. So, beringat la sebelum kena..
Aku ni bkn la Pro Kerajaan, aku sendiri tau yang dalam kerajaan pon banyak isu-isu berbangkit seperti rasuah dan salah guna kuasa and FYI aku tak taksub dengan mana-mana pihak. Kalau BN buat kebajikan, aku sokong, kalau PAS buat kebajikan pon aku sokong. Mana yang mendatangkan faedah kepada rakyat pasti aku sokong.
Politik Kita |
Alangkah molek kalau kita bersatu-padu membangunkan Malaysia yang kita cintai ini. Sedar tak sedar, bangsa lain sibuk bersatu padu untuk jajah Malaysia kembali. Beberapa negeri di Malaysia sudahpon dijajah. SEDARKAH KITA???..Yang kita tau cuma bertikam lidah satu sama lain. APA JADAHNYA NI? Dunia sekarang dah hampir ke penghujungnya, mengapa kita harus begini?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.
(Hadith Riwayat Al-Haakim)
Renung-renungkan
No comments:
Post a Comment