Wednesday, July 27, 2011

Kursus Motivasi Jiwa

PENDANG, 24-26  JULAI 2010,Seramai 60 orang staf dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah menyertai Kursus Motivasi Jiwa anjuran Unit Laitihan dengan kerjasama College of Arts and Science UUM.
          Tujuan utama Kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan staf pentadbiran dan staf sokongan. Para fasilitator terdiri daripada pensyaah dari College of Arts and Science iaitu Ustaz Ghadafi Rafae, Ustaz Shukri dan Ustaz Faizal Mustaffa.
          Kursus ini menekankan aspek pembentukan rohani iaitu aspek dalaman dimana para peserta diwajibkan bersolat secara berjemaah dan berzikir secara beramai-ramai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking,aktiviti berkumpulan (belakun,explore race,membina menara) dan ceramah.
           Diakhir kursus ini dapat dilihat para peserta begitu mesra dan berharap agar kursus seperti ini kerap dilakukan demi untuk mengekalkan semangat kerjasama di kalangan staf.

No comments:

Post a Comment