Wednesday, July 27, 2011

Kursus Motivasi Jiwa

PENDANG, 24-26  JULAI 2010,Seramai 60 orang staf dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah menyertai Kursus Motivasi Jiwa anjuran Unit Laitihan dengan kerjasama College of Arts and Science UUM.
          Tujuan utama Kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan staf pentadbiran dan staf sokongan. Para fasilitator terdiri daripada pensyaah dari College of Arts and Science iaitu Ustaz Ghadafi Rafae, Ustaz Shukri dan Ustaz Faizal Mustaffa.
          Kursus ini menekankan aspek pembentukan rohani iaitu aspek dalaman dimana para peserta diwajibkan bersolat secara berjemaah dan berzikir secara beramai-ramai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking,aktiviti berkumpulan (belakun,explore race,membina menara) dan ceramah.
           Diakhir kursus ini dapat dilihat para peserta begitu mesra dan berharap agar kursus seperti ini kerap dilakukan demi untuk mengekalkan semangat kerjasama di kalangan staf.

Monday, July 4, 2011

Malaysia Ku...

Berdiri teguh di bumi nyata

Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
dipetik dari lirik 1 Malaysia
Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha


... Oh MalaysiaKU...
Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara dan idealogi kebangsaan yang dijadikan sebagai garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Sememangnya rukun negara ini dihafal oleh setiap individu di Malaysia, dan diajar sejak kita di sekolah rendah lagi yang pada masa itu kita sendiri tidak benar-benar memahami apakah maksud dan kepentingannya.. Yang pasti kata-kata azimat ini membawa seribu makna dan pengertiannya.
Para pemimpin terdahulu begitu sayang akan keamanan dan kesejahteraan Malaysia, tidak seperti sesetengah pemimpin sekarang yang hanya berjuang demi kepentingan sendiri. Para pemimpin terdahulu telah bekerja keras untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah demi untuk rakyat-rakyatnya. Mereka berganding bahu bersama-sama tidak kira apa jua bangsanya. 
Namun semangat ini kian luntur pada masa sekarang. KAU KATA AKU,AKU KATA KAU. Masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Entah apa yg mareka perjuangkan sekarang. Anak-anak muda seperti aku kian keliru dengan isu-isu sekarang. Seperti mana yang kita dapat perhatikan sekarang, negara-negara luar kerap ditimpa bencana alam, peperangan dan pelbagai musibah.

Monday, June 27, 2011

PERTANDINGAN AUDIO WILAYAH UTARA

Pada 25 hingga 26 Jun lepas berlangsungnya pertandingan audio kereta wilayah utara yang bertempat di perkarangan pasaraya C Mart Arau. Pertandingan bermula dengan pendaftaran para peserta seawal jam 11pagi. Kategori yang dipertandingkan ialah:


  • 2 woofer
  • 4 woofer &
  • Open (4 woofer keatas)
Pelbagai jenis woofer yang digunakan,antaranya:
  • Black General
  • Autocraft
  • Stellar
  • Mohican
  • RDS
  • Carspex
  • Coucar
  • JW
  • Q Mobile
  • Prokick
  • dll
 Woofer ini juga terdiri daripada:
  • Single coil Single Magnet
  • single coil double magnet
  • double coil double magnet
  • double coil single magnet
Berikut adalah gambar sekitar pertandingan:














Pemenang dikira berdasarkan bacaan DB tertinggi yang disukat menggunakan DB tester.. semoga kemeriahan audio ini berkekalan dan mendapat lebih sambutan. bersama sama kita memberi sokongan padu utk acara ini pada masa akan datang... love all..

Tuesday, June 7, 2011

Siapakah Siapa?

Mon nom est Amerul.. ceyy wah.. tu french, ada la blaja sikit2 masa study dlu.. study katna? of cos my beloved kolej, Shahputra University college kat Kuantan, Pahang Darul Makmur yg ternyata makmur rakyatnya.



sebab aku memilih kolej ni ialah kerana aku mmg tengah serabut dengan kepala aku time tu. (pas SPM).. byk sgt kenangan pahit masa tu, so sbb nk try lupakan semua @ lari dari masalah (sememangnya x baik lari dari masalah), tp paham2 la sapa yg penah jadi remaja, jiwa memberontak dan semngat membuak-buak.. last2 sampai la aku kat Kuantan seorg diri sebagai perantau yg selama ni aku x penah kuaq dari negeriku KEDAH..
 hoho.. mcm2 jadi masa aku kat Kuantan tu, ckp ja mana tempat aku x p, Taman Negara Pahang, Air Terjun Pandan, Sg Lembing, Hutan Jerangkang, Sg Jin... mcm2 lg la, nnt aku bg detail pasai semua trip2 ni dlm satu ruangan khas untuk u all semua.. 7hari 7 malam pon x habis kalau cerita..

Monday, June 6, 2011

Perjalanan Ku bermula


Assalamualaikum..
Tanggal 7 Jun 2011 jam 12.10 tengah hari..Maka bermulalah perjalanan ku sebagai penulis.. sebenarnya membaca dan menulis ni bukan minat aku, tapi sejak bekerja di perpustakaan ni, rasa rugi plak kalau x membaca sebabnya memang kena membaca. banyak sangat ilmu-ilmu yang bermanfaat boleh aku kongsikan kat sini. FYI, aku ni suka travel, tp buat masa skrg selalu travel inbound je la, bkn apa, 'budget' dgn cuti tak mengizinkan. so sebagai permulaan, cukup sampai sini dulu.. nnt aku update pasal "SIAPAKAH AKU"..weeee