Saturday, October 22, 2011

Gunung Jerai, Kedah Darul Aman

2011,Oktober 20-22. Khamis, Kelab Kembara UUM telah mengada aktiviti "Survivor" di Gunung Jerai, yang terletak di daerah Yan, Kedah Darul Aman. Seramai lebih kurang 30 peserta diiringi 2 orang jurulatih telah terlibat dengan aktiviti ini.
Para peserta hanya dibenarkan menggunakan Sleeping bag dan beberapa helai pakaian untuk aktiviti ini. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan peserta ketika pendakian Gunung Jerai.
Para peserta mula bertolak dari UUM, Sintok pada jam 6 petang dan tiba di lokasi pertama, Titi Hayun pada jam 7.30 petang. Setibanya di Titi Hayun, meraka diajar cara memasak menggunakan tin masakan. Para peserta bergotong royong memasak untuk makan malam.
Seawal jam 6 pagi para peserta telah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi dan bekalan makan tengah hari untuk di makan ketika pendakian. 
Pada jam 8 pagi para peserta berkumpul dan jurulatih memberi taklimat dan membuat senaman regangan. Pendakian ini akan bermula di Tangga Seribu, di Titi Hayun dan akan berakhir di pintu masuk sebelah Gurun iaitu di Regency Hotel Gunung Jerai. Pendakian mengambil masa 6 jam. Setibanya di Regency para peserta berehat sebentar sebelum turun ke camp site yang terletak berhampiran Muzium Hutan Gunung Jerai. Para peserta bermalam di camp site selama 1 malam. 
Keesokan harinya, para peserta berkemas untuk aktiviti terakhir iaitu berjalan sejauh 10km menuruni Gunung Jerai menggunakan laluan jalan berturap. 
Di Regency Gunung Jerai

Mr Jad, Faiz & Writer

Pemandangan dari camp site Gunung Jerai






Masak Nasi



Penulis merupakan Penolong Pegawai Arkib, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia.

No comments:

Post a Comment