Wednesday, November 30, 2011

Happy Hour

SUDDENLY
STOP
THEN
MIRACLE HAPPEN
SO HAPPY

AGAIN & AGAIN
SO ALWAYS
AND ALL IT HAPPEN TODAY
>>>>>>THANK YOU<<<<<<


Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Ku

22 November 2011, Merupakan saat penentu bagi kejohanan Bola Sepak Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Indonesia. Tidak salah jika Aku katakan yang kejohanan ini merupakan acara kemuncak untuk penutup 2011. Walaupon baru-baru ini industri tanah air kita baru selesai Festival filem, tetapi kejohanan bola sepak sukan Sea ini lebih mendapat liputan dan perhatian ramai dan Dunia..
Seperti mana yang kita sedia maklum, pasukan kita terikat dengan kedudukan 1-1 sebelum berjaya memenangai acara ini dengan penalti 5-4. Pasukan kita telah berhempas pulas selama 120minit. Walaupun dalam keadaan yang sangat letih kita bukan saja dapat bertahan tetapi tetap menggugat gol pihak lawan dengan beberapa percubaan merbahaya. Jika kita dapat saksikan, kesebelasan utama kita terdiri dari anak2 muda tempatan berbanding dengan pasukan lawan. 
Isu yang hangat diperkatakan di laman-laman sosial pada hari ini ialah isu pemain bernama Fakri. Nama beliau kerap disebut kerana kegagalanya menyudahkan hantaran yang diberikan. Tapi harus kita semua ingat, Jaringan beliau yang melayakkan pasukan kita ke final. Sebagai pemerhati, kita mudah untuk mengulas dan Komen pasal permainan, tetapi adakah kita sendiri pernah berdepan dengan situasi permainan seperti ini yang 1MALAYSIA bergantung dengan kita? itu merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul oleh setiap pemain. Waktu menang disanjung, tapi bila kalah, kita dimaki dan dihina..
Apa pon syabas diucapkan kepada HARIMAU MUDA kita, semoga dengan pelaburan sukan kita di sekolah-sekolah sukan kebangsaan akan mampu menghasilakan bakat-bakat negara yang berkualiti dalam semua acara..
"Hitam Kuning, Hitam Kuning,Hitam Kuning"
Harimau Muda
AUUUUUUMMMMMMMM
SALAM 1MALAYSIA..


Wednesday, November 16, 2011

Merialisasikan Kecemerlangan Diri

  1. Pembangunan diri yang berterusan bermakna pembelajaran yang berterusan.
  2. Jalan kecemerlangan pada mellenium baru ini adalah pembelajaran.
  3. Orang yang maju dalam kerjayanya adalah orang yang sentiasa memperbaharui dan mengemaskini kemahiran mereka.
  4. Sesiapa yang tidak berminat untuk belajar pasti akn ketinggalan.
  5. JADILAH PELAJAR SEUMUR HIDUP.
  6. "KAMU SENTIASA MENJADI ALIM SELAGI KAMU MENJADI PELAJAR,MAKA APABILA KAMU MERASA CUKUP,KAMU TELAH MENJADI JAHIL." (HR:Muslim).
  7. Terima hakikat yang kita PERLU BERUBAH
  8. Perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielak. Kita kena terima perubahan.
  9. Perubahan bukanlah satu ancaman tetapi adalah satu harapan.
  10. Salah satu cara untuk mengenalpasti seseorang itu berjaya atau tidak ialah samada dia mudah berubah atau tidak.
 MOOD: Memotivasikan diri sendiri. 
:p

Undang-Undang Minda

  1. Kita berfikir dalam bentuk gambar yang diransang oleh perkataan.
  2. Kita bertindak mengikut gambar dalam minda.
  3. Minda tak dapat bezakan antara realiti dan fantasi
  4. Kita boleh berhuung melalui minda.
  5. Fikiran yang beremosi akan menarik emosi yang sama.
  6. Gambaran mental yang jelas adalah doa yang mustajab.
  7. Serasikan doa, fikiran,lisan,tindakan dan persekitaran untuk capai kejayaan.
  8. Kekuatan minda terbentuk melalui solat.
  9. Santapan minda pengaruhi kesihatan fizikal.
  10. Santapan fizikal pengaruhi kesihatan minda.
  11. Fikiran semasa pengaruhi masa depan anda.
  12. Hakis semua fikiran yang mengekang diri, kita akan jadi kreatif dan cemerlang.
  13. Jadikan undang-undang minda sebagai tabiat dan lihat diri anda membangun..

Sunday, November 13, 2011

2011 Ohh 2011..

Assalamualaikum..
Semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera kepada semua muslimin dan muslimat. Apa yg cuba disampaikan dengan 2011 Ohh 2011 sebenarnya ialah LAGU-LAGU yang telah di keluarkan pada tahun ni.
Boleh dikatakan tahun ini lagu-lagu yang keluar semua mantap-mantap, touching, felling abih la pendek cita (bkn AKU cita,pendek cita OK). Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena ini mungkin kerana semua penyanyinya muda2 belia mcm aku so bleh aku terima lirik and rentak lagu tu. 
Tapi kalau nk reseacrh2 pon aku rasa lagu-lagu ni sesuai untuk segenap lapisan usia. Lirik2 semua x ganas, simple ja  and mudah difahami dan dihayati. 
Antara lagu-lagu yang telah menambat hati AKu:

  • ungu-percaya padaku

  • Zivilia Band - Aishiteru
  • Lagu Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

  • Stacy - Kisah Dongeng

  • Nera Af9 - Hatimu Milikku

  • Hazama- Cinta Teragung & Pokok
Seyakin dan pasti Aku kata yang semua org mesti dah dengar semua lagu-lagu ni, kalau dengar radio tu dari xtau lirik sampai leh gubah lirik pon bleh.. 
Satu lagi sempena AIM ke-18 aku mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara gemilang tahunan yang mantap. Dengan penampilan bakat-bakat baru ini dapat menyemarakkan lagi industri hiburan tanah air, Melayu Boleh!!!.. Sedar tak sedar kita telah pon setanding dengan artis luar negara. Cita panjang pon x guna, pa2 hal Aku update lg nnt, bubye take care.. love u allz..
14.11.2011

Saturday, October 22, 2011

Gunung Jerai, Kedah Darul Aman

2011,Oktober 20-22. Khamis, Kelab Kembara UUM telah mengada aktiviti "Survivor" di Gunung Jerai, yang terletak di daerah Yan, Kedah Darul Aman. Seramai lebih kurang 30 peserta diiringi 2 orang jurulatih telah terlibat dengan aktiviti ini.
Para peserta hanya dibenarkan menggunakan Sleeping bag dan beberapa helai pakaian untuk aktiviti ini. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan peserta ketika pendakian Gunung Jerai.
Para peserta mula bertolak dari UUM, Sintok pada jam 6 petang dan tiba di lokasi pertama, Titi Hayun pada jam 7.30 petang. Setibanya di Titi Hayun, meraka diajar cara memasak menggunakan tin masakan. Para peserta bergotong royong memasak untuk makan malam.
Seawal jam 6 pagi para peserta telah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi dan bekalan makan tengah hari untuk di makan ketika pendakian. 
Pada jam 8 pagi para peserta berkumpul dan jurulatih memberi taklimat dan membuat senaman regangan. Pendakian ini akan bermula di Tangga Seribu, di Titi Hayun dan akan berakhir di pintu masuk sebelah Gurun iaitu di Regency Hotel Gunung Jerai. Pendakian mengambil masa 6 jam. Setibanya di Regency para peserta berehat sebentar sebelum turun ke camp site yang terletak berhampiran Muzium Hutan Gunung Jerai. Para peserta bermalam di camp site selama 1 malam. 
Keesokan harinya, para peserta berkemas untuk aktiviti terakhir iaitu berjalan sejauh 10km menuruni Gunung Jerai menggunakan laluan jalan berturap. 
Di Regency Gunung Jerai

Mr Jad, Faiz & Writer

Pemandangan dari camp site Gunung Jerai






Masak Nasi



Penulis merupakan Penolong Pegawai Arkib, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia.

Sunday, October 16, 2011

Real Steel

Salam Sejahtera..

Syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah dan kurniaNya dapat AKU menulis lagi. Walaupon xdak cita yang best nk kongsi tp tulis tetap tulis. Ni aku just nk kongsi pengalaman tentang filem yang baru mengganas kat panggung2 seluruh dunia dan aku pasti dah ramai yang tengok filem ni, REAL STEEL...


Fuhh dengar tajuk pon dah ganas kan, pembuka kata, terbaik terbaik terhebat terbest pada abad ni la cita ni.. filem yang dibintangi Hugh Jackman, Evangeline Lilly dan budak comey yang genious, Max @ Dakota Goyo ternyata sangat best ditonton terutama ketika moral or motivasi tengah down.. berkobar kobar semangat pas tengok cita ni. Bkn nk cita la, tp aku mmg tabik spring kat Shawn Levy,pengarah-pengarah dan para pembikin filem yang bleh sebegitu power untuk cipta cerita-cerita power dan luar pada imiginasi orang biasa. tahniah kepada mereka ni. harapan aku suatu hari nanti akan ada Rakyat Malaysia yang dapat buat cita mcm ni..nk cita byk pon tak guna,kalau belum tengok pergi la tengok, memang berbaloi..